“N̷ANTI BILA AYAH D̷AH T̷AKDE KEBUMIK̷AN AYAH SEBEL̷AH MAK”. K̷ASIH SUAMI KEPADA ISTERI HINGG̷A ̷AKHIR HAY̷AT, TET̷AP SAYANG

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“N̷ANTI BILA AYAH D̷AH T̷AKDE KEBUMIK̷AN AYAH SEBEL̷AH MAK”. K̷ASIH SUAMI KEPADA ISTERI HINGG̷A ̷AKHIR HAY̷AT, TET̷AP SAYANG

Kasih dan cinta seorang suami terhadap isteri hingga ke nafas terakhir merupakan satu anugerah yang sangat bermakna bagi setiap pasangan hidup.

Begitulah yang dikongsi oleh pengguna Facebook Nur Hafizah, yang berkongsi kisah cinta antara ayah dah ibu sehingga ibunya telah menghembuskan nafas terakhir. Layanan yang diberikan oleh si ayah kepada si ibu tidak pernah berkurangan sejak dari mereka mula bercinta.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Nurhafizah di laman FB nya telah pun mendapat sehingga 12k ‘Likes’ dan ‘Share’. Ikuti perkongsian nya dibawah.

Bertapa ayah sayangkan mak

Orang lain tak melihat tapi aku yang menyaksikan bertapa dia cintakan isteri dia. Ya memang kami adik beradik yang jaga mak tapi kami takkan lupa pada ayah yang selalu ambil berat pasal anak walaupun dia sibuk kerja kalau dia ada masa dia yang akan uruskan mak.

Makan pakai mak dia yang siapkan macam mana mak menjaga ayah selama mak sihat macam tu la ayah jaga mak masa mak sakit.

Sungguh dia terlalu sayangkan isteri dia walaupun isteri dia dah tak sempurna dia tetap sayang jaga dan ambil berat tak peduli pun apa orang kata pasal dia sebab dia tahu siapa yang ada ketika susah dan senang.

Tiap kali pergi kerja mesti tanya mak nak makan apa, cium pipi mak sampai mak malu dah tua-tua pun nak manja-manja lagi tapi dia tak pernah peduli sebab itu cara dia tunjukkan kasih sayang pada isteri dia.

Mungkin orang melihat aku orang pertama sedih mak dah takde tapi mereka lupa pada suami yang bersama dia lebih 35 tahun susah dan senang membesarkan 11 orang anak.

Aku tak pernah melihat dia menangis tapi haritu pertama kali dalam hidup aku, aku melihat dia menangis teresak-esak kerana mak. Dia bacakan yassin dia yang ajar mak mengucap dia pegang tangan isteri dia smpai akhir hayat. Masa dalam van jenazah pun macam tu dia peluk je keranda mak tak lepas sambil bacakan yassin untuk mak.

Lepas mak dikebumikan ayah pesan pada kami adik beradik,

“Nanti bila ayah dah takde kebumikan ayah sebelah mak, ayah nak duduk dekat dengan mak”.

Sungguh kasih seorang suami pada isteri dari isteri dia sihat sakit smpailah isteri dia dah takde tetap dia sayang. Semoga Syurga menyatukan kalian kembali. Amin.

Mak pesan: “Bila sayangkan seseorang sayanglah dengan sepenuh hati terimalah sedikit keburukan dia kerana seribu kebaikan yang pernah dia lakukan”.

Jangan salah faham Cik Jah bukan nak menagih simpati Cik Jah cuma nak menceritakan apa yang orang tak nampak tapi kami adik bradik nampak kasih sayang mereka selama ini. Doa suami serta anak-anak sentiasa ada untuk mak. Terima kasih kerana menjadi isteri serta mak yang terbaik untuk kami.

Reaksi warganet

Ibnu M Ghazali –Biasanya cinta yang menebal antara suami isteri ini akan berakhir dengan kematian. Banyak sangat kisah begini di sekeliling. Isteri yang kematian suami biasanya ok. Tapi suami yang kematian istri yang dicintai amatlah berat. Semoga aruwah ditempatkan bersama para solihin

Atikah Omar –Macam ayah saya la, 45 tahun hidup bersama dengan arwah mak. Bayangkan kemana sahaja pergi mesti berdua dengan arwah mak.

Tahun 2017 mak pergi meninggalkan kami. Ayah la yang paling terkesan dengan pemergian mak. Sebab partner in crime die dah pergi buat selamanya. Al-fatihah mak, kami rindu mak..

Muriani Mustapha –Macam abah dan ma selalu berdua kemana saja abah pergi pasti ma ada bersama kecuali kerja jah ma tak ikut. Tapi sampai hari ini aku masih lagi teringat akan abah dan ma wpun mereka sudah 10 tahun meninggalkan kami adik beradik.

Setiap kali teringat pasti. aku akan menangis kerana tak sempat menjaganya hingga akhir hayatku. Semoga ma dan abah berada di dalam golongan orang orang yang beriman al.fatihah…

Liss Surieyanie –Macam ayah aku, lepas arwah mak dikebumikan, seminggu ayah takde selera makan just mnum air jer.

Setiap hri, lepas ayah sarapan pagi, ayah mesti akan singgah melawat arwah mak dengan adik, mase dapat berita mak dengan adik aku dah takde serentak, ayah aku sangat2 tenang, aku jer yang mengelupur tak bleh trima knyataan time tu..

Alfatihah mak, dengan kaklang, rindu yang tiada brpnghujung pada kalian
30-12-2008 | 11tahun 3bulan 28hari

Sumber: Nurhafizah Rozi | ARtikel dipetik dari: edisimedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*