(video) Terinspirasi Dari Ibu dan Ayah, Si Cilik 7 Tahun Tebar Roti Canai 50 Keping Sehari Buat Ramai Kagum

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

(video) Terinspirasi Dari Ibu dan Ayah, Si Cilik 7 Tahun Tebar Roti Canai 50 Keping Sehari Buat Ramai Kagum

Roti canai sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila ingin sarapan setiap pagi. Bukan setakat sarapan, kalau makan petang pun kebiasaanya roti canai sudah menjadi pilihan orang ramai. Oleh sebab itu, banyak gerai menjual roti canai tidak kira pagi atau petang.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan menebar roti canai telah mencuri tumpuan.

Minat tebar roti canai sebab selalu tengok ayah buat

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang menebar roti canai di gerai ayahnya. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia pandai dan mahir membuat roti canai seperti sudah lama membuatnya.

Menurut sumber, dia belajar menebar roti canai dengan ibu dan ayahnya tiga bulan yang lalu. Kini dia sudah mampu menebar 50 hingga 60 keping roti canai dalam masa sehari.

“Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami. Saya kemudian beritahu mak dan ayah bahawa saya sudah pandai tebar roti canai dan mahu membantu mereka”, katanya.

Si cilik yang dikenali Yusra itu bercita-cita untuk membuka restoran sendiri bersama bapanya satu hari nanti. Banyak juga cabaran yang dihadapi semasa Yusra belajar menebar roti canai namun dia tidak pernah putus asa.

“Mula-mula belajar banyak juga yang rosak, namun Yusra tidak jemu apabila dia banyak belajar dengan ibunya yang juga pandai menebar roti canai.”

Video

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 1K tontonan, 180 tanda suka dan 11 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberi semangat kepada si cilik itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik di TikTok:

sumber: says.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*