Disewa RM150 sebulan, rumah daif hampir rob0h ‘istana’ buat 5 beranak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Disewa RM150 sebulan, rumah daif hampir rob0h ‘istana’ buat 5 beranak

KOTA BHARU – Luarannya seperti rumah terbiar berikutan keadaannya yang daif dengan dinding yang banyak berlubang serta binaan hampir menyembah bumi.

Namun, rumah yang berusia lebih 60 tahun yang terletak di Jalan Kebun Sultan itu, sebenarnya didiami lima beranak yang menyewanya sejak 16 tahun lalu pada kadar RM150 sebulan.

Buruh, Razali Mohd Nor, 55, berkata sewa itu tidak selalu dilangsaikan kerana kekangan kewangan yang dihadapi berikutan pekerjaannya sebagai buruh binaan tanpa pendapatan tetap.

“Alhamdulillah, pemilik rumah sangat memahami keadaan kami dan tidak memaksa bayaran sewa. Namun, kami tidak mengambil kesempatan atas kebaikan mereka, malah tetap membayar (sewa rumah) jika ada wang.

“Sebelum ini saya menjaja air di tapak Padang Bas, Jalan Pintu Pong, di sini, tapi sejak ia ditutup lebih 10 tahun lalu saya yang tiada sebarang kemahiran lain terpaksa menjadi buruh binaan dengan mengambil upah membancuh simen.

“Bayaran diberikan RM60 sehari tapi bukan setiap hari dapat peluang bekerja, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang,” katanya ketika ditemui di rumah itu.

Sumber: bh online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*