Bunyi L3tupan Dan Cahaya Kilat Dilihat Beberapa Jam Sebelum Hujan. Hujan Yang Turun Berwarna Merah. Misteri ‘Hujan D4rah’ Yang Membingungkan Pengkaji

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bunyi L3tupan Dan Cahaya Kilat Dilihat Beberapa Jam Sebelum Hujan. Hujan Yang Turun Berwarna Merah. Misteri ‘Hujan D4rah’ Yang Membingungkan Pengkaji

PADA 25 Julai 2001, bumi Kerala di India bertukar merah selepas dibasahi ‘hujan d4rah’ selama sebulan. Fenomena aneh ini dilaporkan pernah berlaku di tempat yang sama pada tahun 1986. Malah, beberapa kali selepas itu masih berlaku hujan d4rah di daerah tersebut.

Menurut penduduk tempatan, sebelum kejadian aneh itu berlaku, mereka dikejutkan dengan cahaya kilat dan dentuman guruh di langit. Kemudian, diikuti air hujan berwarna merah yang turun dengan lebatnya hingga menyebabkan pakaian mereka juga berubah menjadi merah seperti terkena darah.

Setiap mililiter air hujan ini mengandungi sembilan juta zarah merah dan dianggarkan sebanyak 50 ribu kilogram zarah berwarna itu telah jatuh bersama hujan merah. Agak aneh kerana hujan merah ini kebanyakannya hanya turun di kawasan tersebut.

Sejak itu, para saintis sentiasa mengkaji dan mengemukakan teori berkaitan hujan paling aneh dalam sejarah meteorologi ini. Pada awalnya, para saintis menyimpulkan bahawa hujan merah itu adalah disebabkan debu dari gurun pasir di Arab yang dibawa oleh tiupan angin dan jatuh di Kerala.

Bagi Dr. Godfrey Louis, ahli fizik dari Universiti Mahatma Gandhi di Kerala, beliau tidak setuju dengan teori tersebut. Pada pendapatnya, pengangkutan atmosfera seperti badai debu tidak mampu menjelaskan fenomena ini.

Dr. Godfrey telah mengumpulkan air sampel hujan merah itu untuk kajiannya. Apabila dilihat di bawah mikroskop, beliau mendapati air hujan merah itu tidak berdebu. Sebaliknya, ia terdiri daripada sel biologi, seakan material daripada bentuk kehidupan di luar angkasa.

Beliau juga melakukan eksperimen dengan suhu yang berbeza untuk melihat apakah sel dalam air hujan itu akan memberi respons. Ketika suhu dinaikkan, lebih banyak reaksi aktiviti yang kelihatan.

Secara logiknya, kehidupan bumi yang normal akan m4ti pada suhu dan tekanan yang terlalu tinggi. Anehnya, sel-sel merah itu bertambah aktif dan terus berkembang meskipun dalam keadaan suhu yang ekstrem. Bahkan, tidak ditemui sebarang bukti kewujudan DNA dalam sel-sel yang membiak.

Daripada eksperimen itu, Dr. Godfrey menyimpulkan bahawa zarah merah yang turun di Kerala itu adalah berasal daripada luar bumi. Ini diperkuatkan lagi dengan bunyi l3tupan dan cahaya kilat yang dilihat beberapa jam sebelum hujan merah itu turun.

Dia berandaian bahawa l3tupan meteor di udara adalah penyebab d3ntuman p3tir dan biasan kil4t, lalu zarah-zarah merah terbebas dan jatuh ke tanah. Sebahagian mikrob yang dilepaskan bercampur dengan awan dan turun sebagai hujan.

Ramai yang bersetuju dengan teori itu bahawa kemungkinan penyebab hujan merah adalah letupan meteor yang menyebarkan sekitar 1,000 kilogram material. Puing-puing ini tidak akan terus jatuh dari stratosfera dan tidak terpengaruh oleh tiupan angin.

Tropica Botanical Garden & Research Institute (TBGRI) yang diarahkan oleh kerajaan India untuk menyiasat fenomena aneh itu mengatakan tidak wujud debu meteor, gunung berapi atau padang pasir dalam hujan merah tersebut.

Sebaliknya, hujan lebat berminggu-minggu sebelum hujan merah turun telah menyebabkan pertumbuhan banyak lumut. Inilah sebenarnya yang bertindak melahirkan sejumlah besar spora ke atmosfera. Alga spora ini dipercayai faktor yang menyebabkan kemerahan pada air hujan. Namun begitu, ia agak mustahil berlaku kerana tiada bukti jelas dapat menghuraikan bagaimana spora berada di dalam awan.

Bagi memperkuatkan teorinya, Dr. Godfrey telah menghantar sampel zarah merah dari air hujan tersebut untuk dianalisa di Universiti Sheffield, England dan Universiti Cardiff di United Kingdom. Hasilnya, pengkaji juga mengatakan sel dalam zarah tersebut bukan datang dari bumi.

Sumber: https://utusantv.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*