‘Kakak Ganti Nyawa, Selamatkan Saya..’ Adik Cerita Detik Kakak DiIanggar Kereta Mengundur

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

‘Kakak Ganti Nyawa, Selamatkan Saya..’ Adik Cerita Detik Kakak DiIanggar Kereta Mengundur

“Saya cuba tahan kereta itu tetapi kakak menolak saya ke tepi hingga trjatuh dan kakak sendiri yang menahan kereta yang sedang bergerak laju itu sehingga kakak tersepit di batang pokok mempelam.”

Demikian ujar Mohamad Amir Wafi Amirrudin, 7, menceritakan detik-detik kakaknya, Aisyah Amani, 10, menyelamatkannya sebelum mngsa meninggaI dunia selepas diseret kereta Proton Wira milik datuk mereka yang mengundur sebelum tersepit di perdu pokok.



Mohamad Amir Wafi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, dia dan Aisyah Amani sedang bermain di halaman rumah di Kampung Keledang Luar, di sini.

“Kakak masuk ke dalam kereta yang berada di dalam garaj kereta di hadapan rumah dan saya berada di luar rumah sedang main basikal.

“Kemudian kakak keluar dari kereta dan tiba-tiba kereta itu bergerak. Dia menolak saya, sebelum dia diseret dan tersepit di pokok,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, dia menjerit me­minta tolong dan ahli keluarga lain yang ketika itu berada di dalam rumah.

Terdahulu, mngsa dikatakan masuk ke dalam kereta tersebut dan bermain di tempat duduk pemandu sebelum dipercayai menurunkan brek tangan kereta.

Mngsa yang panik apabila kereta berkenaan bergerak secara mengundur terus keluar dan berlari ke arah belakang ­untuk menahan kereta itu daripada bergerak.



Tindakan pelajar Sekolah Kebangsaan Tawar di sini itu, menyebabkan dia diIanggar kereta sehingga mengalami pndarahan pada kepala dan disyaki ptah tulang tengk0rak.

Nenek mngsa Sukirah Bakar, 62, pula berkata, Aisyah Amani dan tiga lagi adik-beradiknya tinggal di situ sejak dua tahun lalu kerana ibu mereka iaitu menantunya, Dang Faridah Karufun bekerja di Sandakan, Sabah.

“Saya tidak menyangka sejak seminggu ini Aisyah Amani asyik minta saya memeIuk erat dirinya setiap pagi ketika menghantar ke sekolah, rupa-rupanya itu petanda dia akan pergi selama-lamanya.

“Ketika memeIuknya saya terasa sesuatu yang erat seolah-olah Aisyah tidak mahu melepaskan peIukan itu dan sentiasa mengucapkan terima kasih ke­rana menghantarnya ke sekolah setiap pagi,” kata Sukirah.



Pada saat akhir, Sukirah sempat melihat arwh ketika di bilik kcemasan dan membisikkan kata-kata semangat dan kuat meIawan sakit kerana cucunya itu sedang berpuasa.

“Namun, apakan daya Allah lebih menyayangi Aisyah Amani dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya.

Jnazah mngsa dikebumikan di Tanah Perkburan Islam, Tawar selepas solat Asar semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mng­sa berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani menggunakan ambulans swasta milik tempat bapa saudara ­mngsa bekerja.



“Namun, mngsa disahkan meninggaI dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan kes diklasifikasikan sebagai ‘mati mengejut’ selain siasatan turut dilakukan mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Salam takziah buat keluarga moga tabah kehilangan insan tersayang. Moga r0h adik Aisyah Amani dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, K! Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*