Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Leher Diikat Tali ,Tidak Diberi Makan & Minum Terpaksa Menyusu 6 Anak Baru Lahir,Ibu Anjing Gigit Tali Demi Melepaskan Diri Tapi Usahanya Sia-sia
Cinta manusia teruji dengan kehadiran orang ketiga, setia haiwan teruji ketika diabaikan.Begitulah sebuah kehidupan tidak kira sesama manusia ataupun sesama haiwan.
Kisah kali ini mengenai seekor ibu anjing yang kurus hidupnya boleh diibaratkan seperti bangka! tidak berny4wa. Hal ini dapat dilihat tubuh badannya yang sangat kurus sehingga menampakkan tulang-tulang rangka dengan jelas .
Di depan sebuah pondok rumah usang , seekor ibu anjing kelihatan tidak berdaya terbaring lesu di tanah yang hanya memejamkan mata menghilangkan lelah . Tapi tidak mampu kerana disisinya ad 6 ekor anaknya.
Kelihatan tali yang mengikat leher ibu anning berkenaan telah lama sehingga memberikan luka kesan pada leher ibu anjing tersebut.Akan tetapi ibu anjing terpaksa menahan segala sak1t dek kerana ada anak-anak yang masih kecil yang menyusu.
Kes ini mendapat perhatian dari sukarelawan pencinta haiwan yang sememangnya mencari dan sedaya upaya membantu haiwan jalanan yang tidak terbela nasibnya.
Jika tidak ada yang melihatnya, mungkin tidak ada yang akan menyelamatkan keluarga ibu anjing yang malang itu.
Keenam-enam ekor anak anjing itu tetap berada di sisi ibu anjing sepanjang waktu dan beberapa naik ke atas badan ibu anjing memandang orang asing dengan rasa ingin tahu, dan beberapa berbaring di lengan ibunuya untuk menyusu.
Dek kerana terlalu lama diikat , ibu anjing tidak punya cara lain untuk memberi susu pada 6 anak nya kecuali dengan mengangkat kaki belakangnya.
Puas para sukarelawan memerhati sekitar kawasan jika terdapat pemilik kepada keluarga anjing ini , namun tiada . Akhirnya mereka memberikan makanan dan air pada ibu anjing serta 6 ekor anaknya agar dapat mengisi kekosongan perut mereka yang entah bila kali terakhir makan dan minum.
Yang menyedihkan adalah tubuh ibu anjing itu sangat kurus, ketika dia ingin makan, dia hampir tidak boleh berdiri dan tidak boleh menelan makanan.
Semasa sedang memberikan makanan pada keluarga ibu anjing ini , ada seorang penduduk yang menghampiri mereka dan menyatakan bahawa anjing ini mempunyai pemilik dan pemilik mereka keluarga anjing ini menambat mereka disitu kerana ditugaskan untuk mengawasi rumah pondok di belakangnya.
Menurut penduduk tersebut, pemilik haiwan peliharaan memiliki perangai yang aneh, kerana takut orang lain akan pergi ke rumah lamanya jadi dia memelihara anjing itu di sana selama hampir satu setengah tahun.
Peliknya mereka , tidak ada seorang pun di kampung itu tertarik dengan rumah pemilik haiwan peliharaan, dan tidak ada yang takut pada anjingnya, kerana ibu anjing sangat lembut kepada semua orang yang menghampirinya.
Namun sejak diikat , ibu anjing itu telah lama tidak kelihatan dan paling teruk dilakukan oleh pemiliknya dengan tidak memberi makan setiap hari .Dan lebih menambah d3rita apabila ibu anjing itu melahirkan 6 ekor anak dengan banyaknya.
Mereka menceritakan keadaan mengapa tidak menjadi orang yang membantu seawalnya kerana tidak mahu terjadi perselisihan faham dan masalah dengan pemiliknya.
Untuk menjaga 6 anak anjingnya dengan baik, induk anjing harus menahan angin dingin setiap hari dan memberikan kehangatan pada anak-anaknya.
Melihatkan tali yang lusuh dan putus sikit demi sedikit di leher ibu anjing itu ,menandakan ibu anjing itu cuba melarikan diri namun usahanya sia-sia.
Ketika sukarelawan itu mengangkat anak anjingnya, ibu anjing itu tidak banyak melawan, kerana memang tidak berdaya untuk melawan. Dia hanya mengibaskan ekornya dengan lemah untuk menunjukkan bahwa dia tidak akan menggigit.
Beberapa hari setelah 6 anak anjing dibawa pergi oleh sukarelawan, ibu anjing tetap tinggal di sana selama sisa hidupnya, dan tidak pernah dilepaskan oleh pemiliknya sampai dia mati.
Manakakala anak-anak anjing itu memiliki kehidupan yang baik sejak itu, mereka dapat membesar di rumah barunya yang nyaman, mereka dapat bermain dengan bahagia dengan orang yang mereka cintai, mereka tidak lagi dirantai, dan mereka tidak lagi lapar.
Sumber: hker via imuslimnetwork
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply