Pesan 8 Set Makanan..Pakcik Makan Dan Bercakap S0rang, Bikin Warganet Simpati

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pesan 8 Set Makanan..Pakcik Makan Dan Bercakap S0rang, Bikin Warganet Simpati

Keluarga adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seseorang individu. Jika kita terbabit dalam kesusahan, keluargalah orang pertama yang kita akan cari untuk meminta pertolongan.

Namun begitu, ada sesetengah yang kurang bernasib baik apabila ahli keluarga mereka ‘pergi’ terdahulu sebelum mereka. Jika seseorang itu kuat menghadapi dugaan tersebut, perkara itu akan diterima dengan hati yang terbuka, tetapi jika seseorang itu tidak kuat menghadapi kehilangan orang tersayang, ia dapat menghancurkan kesihatan mental seseorang individu.

Berikutlah perkongsian di Facebook oleh akaun yang dikenali sebagai Zayan, di mana ia menceritakan tentang seorang ‘uncle’ yang makan berseorangan tetapi memesan hidangan untuk lapan orang termasuk air.

Hidangan yang dipesan itu akan disusun dengan sebaik mungkin dan ketika memakan hidangan berkenaan ‘uncle’ itu bercakap-cakap dengan kerusi sebelahnya seolah-olah ada orang di kerusi tersebut.

Menurut akaun Facebook itu juga, pekerja kedai mamak itu memberitahu bahawa ‘uncle’ terbabit akan datang ke kedai dua ke tiga kali seminggu dan akan memesan ‘portion’ yang sama tetapi lain-lain hidangan.

Melihat keadaan ‘uncle’ berkenaan, ramai orang berasa sebak dan menceritakan pengalaman kehilangan orang yang tersayang yang boleh menyebabkan seseorang individu itu bertindak di luar kawalan.

Sumber:BeritaKu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*