“Arw4h mak sempat hidang ketupat dan rendang terakhir buat kami” – Ezad Lazim

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Arw4h mak sempat hidang ketupat dan rendang terakhir buat kami” – Ezad Lazim

“Pɛlik juga bila mak buat rendang dan ketupat sedangkan waktu itu bukan pada hari raya pun, dia saja nak buat dan itulah kali terakhir kami dapat rasa juadah Aidilfitri daripada mak”.

Itu yang dikongsikan penyanyi, Ezad Lazim ketika ditanya berkenaan dengan sambutan Aidilfitri yang mungkin meriah bagi orang lain, tetapi sedikit h1ba buat dirinya.

Menurut Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim berkata, dia pada mulanya memang pɛlik bila arw4h ibunya tiba-tiba memasak juadah yang cukup sinonim dengan sambutan Aidilfitri.

“Memang pɛlik sebab masa itu bukan hari raya pun. Tapi bila mak dah buat, kita makanlah. Saya siap bungkus bawa balik ke Kuala Lumpur lagi.

“Tetapi pada tahun itu juga arw4h mak meningg4l dunia dan bila kenang balik, itulah ketupat dan rendang yang terakhir saya dapat nikmati.

“Sebelum meningg4l dunia, dia boleh buat makanan itu untuk kami. Memang tak sangka,” katanya.

Kehilangan ayah, ibu dan adik selang setahun menurut Ezad membuatkan sambutan Aidilfitri bersama adik beradik yang lain sedikit sur4m.

Ezad kehilangan ayahnya, Mohd Lazim Ismail, yang meningg4l dunia akibat j4ngkitan kuman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 6 Ogos 2019.

Kemudian pada 7 Ogos 2020, ibunya pula Rosadah Jahaya, 69 tahun meningg4l dunia di rumah mereka di Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah.

Arw4h ibunya rɛbah dalam bilik air ketika mahu mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat Subuh.

Ezad sekali lagi diuji pada apabila adiknya, Mohd Rizal Mohamad Lazim, 35 tahun meningg4l dunia akibat j4ngkitan kuman dalam paru- paru pada 21 September 2021.

“Memang sambutan Aidilfitri tahun ini agak suram walaupun kami adik beradik dah boleh berkumpul sebab rumah dah kosong.

“Sebelum ini memang arw4h ayah, emak dan adik tinggal sekali. Tetapi semuanya dah pergi dan rumah itu kini sudah kosong dan dijaga oleh kakak.

“Memang itulah kelainan Aidilfitri kali ini. Kalau sebelum ini biasa balik raya akan berbincang nak masak menu apa dan sebagainya tapi tahun ini memang dah tiadalah benda itu,” katanya mengakhiri perbicaraan.

Sumber Majoriti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*