Guru agama, Ustaz Ahmad Ibrahim Jraiah meninggal dunia

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Guru agama, Ustaz Ahmad Ibrahim Jraiah meninggal dunia

KUANTAN – Guru agama, Ahmad Ibrahim Jraiah, 62, yang mengidap kanser paru-paru tahap empat meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di sini, pada Ahad.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Ahmad Ibrahim Jraiah yang berasal dari Syria disahkan meninggal dunia pada jam 7.22 pagi selepas menerima rawatan di pusat perubatan itu sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Pahang mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan berusaha membantu dalam pengurusan jenazah Allahyarham.

“Kerajaan negeri juga akan membantu pihak kedutaan sekiranya jenazah akan dibawa ke negara asalnya,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Derita dilalui guru agama itu sebelum ini mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berkenan menziarahinya pada Khamis lalu.

Syed Ibrahim berkata, atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebelum ini turut bersetuju kerajaan negeri menanggung sebahagian kos rawatannya.

Menurutnya, selain menanggung kos rawatan pertama mencecah lebih RM17,000 sumbangan RM30,000 dan kos tiket penerbangan turut diberikan kepada keluarga guru berkenaan.

“Ahmad Ibrahim Jraiah merupakan guru agama di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMA) Negeri Pahang dan telah berkhidmat selama lebih 16 tahun bermula pada 2006.

“Beliau yang sudah empat bulan terlantar selepas disahkan mengidap kanser paru-paru tahap empat pernah berkhidmat di SMA Rompin (7 tahun), SMA Temerloh (6 tahun) dan SMA Tengku Ampuan Fatimah, Pekan (3 tahun),” katanya.

Syed Ibrahim berkata, jasa beliau cukup banyak dalam mendidik pelajar di negeri ini malah sepanjang berkhidmat dia tidak dibayar gaji atau elaun oleh kerajaan negeri.

Sumber: wowberita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*