Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Cara Mudah & Mujarab Cegah Semut, Lipas Dan Cicak Di Rumah
Walaupun serangga ini tidak berbahaya namun ia masih lagi serangga perosak yang boleh memudaratkan kesihatan jika dibiarkan.
Pasti ramai diantara kita mempunyai masalah serangga seperti semut, lipas dan cicak sering di jumpai di dalam rumah.
Terdapat 15 petua mudah yang boleh anda praktikkan untuk menghalau semut, lipas dan cicak di rumah anda.
Jika anda menggunakan racun serangga dengan kerap tidak baik, ia tidak bagus untuk kesihatan anda.
15 petua mudah halau semut, lipas dan cicak
Cicak
1. Cicak tidak suka akan bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elak cicak dari memasuki rumah anda.
2. Campurkan serbuk kopi dan serbuk tembakau di dalam sebuah bekas. Kemudian, ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di penghujung batang mancis dan pencungkil gigi tersebut lalu celupkan kedalam campuran serbuk kopi dan tembakau. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.
3. Campurkan 1/3 cuka makan, 1/3 air, dengan 1/3 cecair pencuci pinggan dan masukkan kesemuanya dalam botol spray. Lepas tu sembur pada semua kawasan yang selalu ada tahi cicak dan tempat cicak selalu sembunyi.
4. Campurkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air. Semburkan campuran ini pada dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah kerana cicak tidak tahan dengan rasa pedas.
5. Gantung atau letak bawang di pintu atau tingkap cicak boleh lalu. Lagi satu cara adalah kisar bawang dengan air, lepas tu masukkan dalam botol spray, dan sembur pada sekeliling rumah.
Lipas
1. Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap yang dikunjungi lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet dapur.
2. Jangan buang pangkal dan hujung timun setiap kali anda memotong timun. Ia boleh digunakan untuk menghalau lipas. Letakkan pangkal timun itu di tempat yang ada banyak lipas.
3. Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet. Lipas akan lari selepas membau daun pandan, dan tak akan membiak lagi di rumah anda.
4. Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.
5. Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas. Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi.
Semut
1. Taburkan serbuk kunyit pada laluan semut yang menuju ke dalam rumah, halang laluan serangga itu dengan menaburkan serbuk kunyit di sepanjang perjalanan yang membolehkan mereka masuk atau lalu di dalam rumah.
2. Ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
3. Potong kain bersih seperti tali panjang kemudian celupkan ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja, kaki meja, kaki kabinet dapur dan sebagainya.
4. Anda juga boleh menggunakan abu kulit telur yang dibakar dan taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.
5. Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol spray kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut. Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.
Selamat mencuba!!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Majalah Perdana
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply