Bayi 5 Bulan Disuapkan L4ksa Pedas, Se0rang lbu Naik Angin..”Mer4h Muka Bayi..”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bayi 5 Bulan Disuapkan L4ksa Pedas, Se0rang lbu Naik Angin..”Mer4h Muka Bayi..”

Sudah menjadi pengetahuan am berkenaan makanan yang boleh diterima bayi berusia lebih enam bulan hanyalah pepejal, tetapi masih ramai yang mengendahkan hal itu. Lebih menyayat hati, usaha ibu bapa menjaga pemakanan bayi menjadi sia sia sebabkan perangai yang tidak bertanggungjawab orang sekeliling. Sewaktu berkumpul bersama sanak saudara, ada sahaja yang sanggup menyuapkan makanan yang tidak sepatutnya disuapkan walaupun sudah dihalang.

Kakak ipar perangai hntu…Baby 5 bulan 20 hari disuapkan laksa pedas
Cakap berkenaan masalah diatas, anda mesti pernah berhadapan dengan saudara yang suka ‘memandai-mandai‘, bukan? Masalah diatas malangnya menimpa seorang ibu yang mempunyai bayi yang berusia lima bulan, disuapkan laksa pedas oleh kakak iparnya.

Perkara diluar kotak fikiran, namun hal itu mengoyakkan kesabaran ibu kepada bayi itu. Sebabkan disuap laksa pedas, bayi itu sepantas kilat meronta kepedasan sehinggakan wajahnya berubah menjadi merah padam.

“Allahhuu, Sakitnye hati ni Tuhan saje yg tahu. Si kakak ipar perangai mcm hantu. kita ni konon nak erat silaturahim, pegi la ke rmh dia ptg td. Ingat kn dh Hajjah perngai dh berubah, rupanya lg teruk. Tahu dia buat apa gaissss???? Anak sy umur 5bIn 20 hari di suap nye kuah LAKSA PEDAS!!!!!

kuah tu bukan pedas biasa2, pedas sanagt!!! Suami sy mkn pn x tahan,.. Meronta ank sy smpai kluar air mata, muka merah padam. Nggis tu mmng sah lah. Allah saje tahu prasaan ibu ni. bkn sy x halang, sy dh cuba halang, tp bnda brlaku skelip mata. Suami pn dh halang. mmmg tak masuk akal manusia x ada hati perut!

Sedih tengok orang buat macam tu pada anak saya

Bukan itu sahaja, kakak ipar wanita tersebut juga bertindak teruk atas kesilapan kecil dibuat oleh anak perempuannya pula. Kakak iparnya bertindak mengasari anak perempuannya sehingga beberapa kali sebabkan benang yang dibaling ke lantai.

Walau itu kesalahan kecil, tidak perlu dikasari sebegitu kerana budak kecil masih tidak tahu apa-apa. Ibu kepada bayi berusia lima bulan itu tidak dapat nafikan perasaan marah dan sedih semasa melihat anaknya yang baru lahir dilayan sebegitu rupa, walau sudah nekad mahu beredar daripada acara makan-makan keluarganya.

“Dan ank sy yg sulung prmpuan umur 2thn 7bIn.. Dia kacau ank sy tgh main2. ank sy mngamuk amik benang2 yg dia kait nk buat baju yg dia letak kt atas sofa, baling ke lantai.. Sepantas kilattt!!!! Dia pkl ank sy, depan kami mak bapak ni..

Bukan sekali, berkali2 dia pkl. KUATT SANGAT!! sy sndiri x pnh kasari ank sekuat tu. Sy tnya ada brg pecah ke? Dia kata x pecah, cuma BENANG DIBALING KE LANTAI!!!! sy ulang, cuma BENANG DIBALING KE LANTAI!!!! Tp ank sy dikasari mcm tu skali.

Suami sy amik dukung ank sy, atas dukung pn dia masih pkl kaki dan tgn ank sy, smpai ke kereta dia ikut smbil kasari ank sy. Sy rasa lebih 20 kli ank sy kena pkl. sy jerit kat manusia tu, ” dah lah”!!! Kuat2.. Baru dia stop, klau x stop td mmng prg bsar.

suami sy cpt2 start enjen kreta balik. Sbb dia dh nmpk sy dh mcm hilang sbar. Gais..hati dan jiwa sy trbkr, sedih tgk org buat ank mcm tu depan mata.. sy x prnah mrh smpai taip? gais.. Tp kali ni sy TERLAMPAU MARAH!!!”

Kita sebagai ibu bapa, jika melihat saudara hendak menyuapkan makanan yang tidak bersesuaian dengan umur bayi, kita patut halang dengan tegas. Nanti bayi yang sakit, ibu bapa yang tanggung bukan saudara mara.

Bayi Hilang Dalam Kandungan Dari Pandangan Perubatan Moden & Islam

Tahniah, puan hamil dua bulan! Ini adalah detik yang paling ditunggu-tunggu buat suami isteri yang mengimpikan cahaya mata dalam perkahwinan mereka. Namun, bila sudah menginjak ke usia lapan bulan, tiba-tiba bayi hilang dalam kandungan!

Ini yang berlaku pada pasangan suami isteri yang tinggal di Kedah apabila bayi yang dikandung si isteri tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan melalui imbasan ultrasound.

Menurut wanita ini, beliau melakukan pemeriksaan kehamilan di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Namun, kelahiran yang ditunggu itu tidak menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, ujarnya dia mendakwa terasa lenguh badan, perut memulas dan demam panas pada hari terakhir sebelum kandungannya hilang. Bahkan doktor turut memberitahu rahimnya normal seperti mana wanita lain yang tidak hamil.

Tiba-tiba bayi hilang dalam kandungan, apa yang berlaku sebenarnya?
bayi hilang dalam perut

Sebenarnya, sudah ada banyak laporan media yang mendedahkan berkaitan isu ini dan ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah seluruh dunia tanpa mengira bangsa, status, kepercayaan agama dan
Menurut Prof Madya Dr. Jamiyah Hassan Universiti Malaya (PPUM), keadaan ini dipanggil sebagai pseudosiesis atau istilah inggerisnya phantom pregnancy.

Apa itu Pseudosiesis?

Pseudosiesis adalah satu keadaan yang lazimnya bersifat psikosomatik yang ada kaitan dengan gangguan faktor mental dan fizikal hingga menyebabkan perubahan pada badan seakan sama dengan sosok tubuh wanita mengandung.

Jelas Dr. Jamiyah lagi, jika seseorang wanita itu terlalu percaya atau berharap dirinya hamil, maka tubuhnya akan menghasilkan hormon yang boleh menyebabkan perubahan tertentu. Antara simptom paling jelas seperti rasa mual, tegang perut dan berat badan naik.

Hujah dari sudut medikal dan psikologi

1. Minda menipu tubuh

Jika minda seseorang wanita mula , maka paras estrogen akan naik kemudiannya disusuli pula dengan sakit, stress dan tertekan maka semua wanita akan mengalami gangguan dalam tubuh seperti kelewatan haid, rasa loya dan muntah.

Selain itu, ketidakseimbangan hormon ini juga boleh menyebabkan payudara membesar dan menghasilkan susu.

Bahkan, perut yang semakin membesar itu pula disebabkan lebihan lemak yang terkumpul hingga merasakan seolah-olah ada pergerakan dari dalam yang bukannya gerakan janin.

2. Imbasan memberi harapan palsu

Otak memainkan peranan penting dalam memberikan sesuatu isyarat pada tubuh hinggalah timbulnya konsep kepercayaan. Ia sama seperti wanita yang ingin hamil hingga mendorong kehendak tersebut.

Oleh sebab itu, wanita tersebut perlu mendapatkan sokongan dari keluarga dan dibimbing secara psikologi melalui sesi pertemuan dengan kaunselor atau
Hujah dari pusat rawatan Islam

bayi ghaib

Bagi menjelaskan hujah ini, Pakar Khidmat Runding dan Nasihat Spiritual dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien, Engku Ansaruddin Agus mengakui pernah merawat lebih kurang 10 wanita yang mengalami gangguan emosi dek kerana hal ini.

Menurut wanita yang pernah dirawat mereka bermimpi entiti yang mengingatkan kandungan tersebut bukan milik mereka dan akan diambil semula.

Beliau sendiri tidak menolak kemungkinan wanita hamil itu disebabkan tumpangan dari makhluk halus namun perhubungan antara manusia dan jin tidak boleh hasilkan anak manusia.

Namun, anak dari kaum jin yang akan bertambah jika berjaya memperdaya manusia walau cara apa pun.

Oleh sebab itu, ibu perlu kembali taat kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah supaya diri tidak mudah ditipu dengan helah syaitan dan jin.

Cara menghindari gangguan syaitan dan jin terhadap bayi dalam kandungan

1. Hapuskan kedatangan pintu untuk jin dan syaitan masuk

Jika bayi hilang dalam kandungan, maka kita perlu selidik jika adanya amalan khurafat dalam keturunan. Sekiranya ada, maka segala barang yang diwariskan sepert senjata, perhiasan dan barang kemas perlu dihapuskan.

2. Sentiasa membaca bismillah

Allah menyuruh hambaNya sentiasa mengingatNya dalam setiap amalan supaya dapat dijauhi dari gangguan makhluk halus. Ia memadai dengan menyebut Bismillah setiap apa yang anda ingin lakukan.

3. Mohon perlidungan dari Allah SWT

Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk membaca doa ini semasa bersetubuh iaitu:

“Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau akan kurniakan kepada kami (berupa zuriat yang lahir dari persetubuhan ini)”.

Manakala ibu mengandung pula amalkan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Semuanya dengan tujuan supaya dapat hindari makhluk halus dari menggangu kandungan.

4. Sentiasa menjaga akhlak dengan makhluk tuhan

Ingatlah, di atas muka bumi ini turut dihuni oleh makhluk lain maka berbuatlah baik jua dengan mereka dan berhati-hati setiap perilaku anda.

Justeru, pasangan yang menantikan kelahiran atau sedang hamil mestilah mengamalkan dan memohon perlindungan Allah melalui solat taubat, solat hajat, membaca Al-Quran dan banyakkan berdoa.

Selain hindari dari unsur-unsur yang melalaikan dan mengandungi perkara khurafat. Semoga suatu hari nanti ada degupan jantung yang berdenyut dalam rahim anda.

Pelik Tiba-Tiba Bayi Hilang Dalam Kandungan, Betul Ke Ia Berkaitan Alam Ghaib?

Sumber: iMuslimNetwork

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*