“Tawaran berlakon terhenti, ada yang suruh saya bµka tudung” – Aida Khalida

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Tawaran berlakon terhenti, ada yang suruh saya bµka tudung” – Aida Khalida

Ramai kawan-kawan datang dan bertanya kenapa dan bagaimana saya boleh berubah. Bagi saya jawapan itu mudah saja. Ia adalah kerana kesedaran kita. Apabila sudah mempunyai kesedaran, bertindaklah ke arah itu. Jangan tunggu masa yang sesuai atau pun tunggu sesuatu musibah berlaku baru hendak berubah.

Jalan Allah SWT telah tunjukkan, pergilah ke arah sinar itu, tidak susah. Namun demikian, perkara yang paling penting ialah lakukannya kerana Allah SWT dan bukannya kerana sesuatu. Bagi saya, apabila sesuatu dilakukan kerana Allah SWT, ia akan berkekalan.

Apa yang terjadi ke atas saya semuanya adalah disebabkan ketentuan Allah SWT. Saya tidak menyangka sama sekali semua ini berlaku. Ternyata Allah SWT masih sayangkan saya walaupun terlalu banyak d0sa yang telah saya lakukan.

Saya akui, satu ketika dahulu, saya pernah h4nyut dengan kh4yalan dunia. Saya terlampau mengejar karier sebagai pelakon. Saya terlalu komited dengan kerjaya hingga saya l4lai tanggungjawab kepada Allah SWT. Saya lupa akan janji-janji saya kepada Allah SWT. Saya lupa menunaikan solat, saya juga lama tidak membuka kitab suci al-Quran. Jika ada pun, itu hanya sekadar lakonan saya semasa dalam drama.

Hidup saya terkejar ke sana-sini demi mencari kepuasan dunia. Dunia lakonan memang memberikan kepuasan kepada saya. Tambahan pula apabila lakonan saya memberi kesan kepada penonton. Saya berasa sungguh seronok. Tetapi ia tidak memberi kesan kepada diri saya. Saya hanya merasa puas, walhal sepatutnya sayalah yang pertama mendapat kesannya.

Sebagai seorang artis, penampilan saya juga perlu diutamakan. Saya mesti kelihatan cantik dan menawan. Saya sedikit pun tidak kisah pakaian itu mengikut syariat atau pun tidak, yang penting cantik.

Apabila mengenang kembali semua itu, saya berasa malu dengan diri sendiri. Tetapi semua itu adalah pengalaman hidup. Pengalaman itu jugalah yang mengajar saya erti hidup.

Kepada mereka yang datang kepada saya tadi dan bertanya, saya beritahu mereka, semua ini berlaku bukannya secara tiba-tiba. Tetapi ia disebabkan saya nampak terlalu banyak kemungk4ran di depan mata.

Suatu petang pada tahun 2008, saya ternampak sepasang kekasih yang sedang asyik memadu asmara di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. Walaupun di khalayak ramai mereka tidak sɛgan silu melakukan perbuatan yang tidak sen0noh. Pasangan itu seolah-olah tidak nampak mata-mata yang sedang memandang mereka.

Di satu sudut yang lain pasar raya itu pula, terdapat beberapa lagi pasangan sedang asyik berbual sambil bertepuk t4mpar. Seolah-olah apa yang mereka lakukan adalah perkara biasa. Saya rasakan senario ini tidak betul. Kenapa perkara yang j4hat mahu ditunjuk-tunjuk, tetapi perkara yang baik disorok-sorok pula.

Entah kenapa, hati saya tidak senang dengan perkara sedemikian. Walaupun saya ini artis, namun apa yang mereka lakukan tidak dapat saya terima. Saya nampak dunia sekarang ini terlalu banyak kemungk4ran yang berlaku. Tidak cukup dengan itu, setiap hari di dada akhbar tersiar bermacam-macam gɛjala yang tidak sihat. Kebanyakannya juga dilakukan oleh orang Melayu yang mengaku beragama Islam.

Saya terfikir, bila perkara seperti ini akan berakhir. Bukankah seronok sekiranya dunia ini aman dan tiada kemungk4ran berlaku. Tetapi bagaimana caranya.

Sekiranya perkara ini dibiarkan, tidak mustahil satu hari nanti bɛncana besar dari Allah SWT akan menimpa bumi Malaysia ini. Saya pernah terdengar satu hadis yang mengatakan, “Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang m4kruf dan mencegah kemungk4ran. Atau jika tidak, Allah akan menurunkan az4b ke atas kamu semua, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka doa kamu tidak dikabulkan”.(Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Ya Allah, Bagaimana pula dengan aku. Adakah aku benar-benar sudah menjadi hamba Allah yang bertakwa. Soalan itu membuatkan saya tersɛntak. Jika aku membɛnci perkara mungk4r, adakah aku menyumbang untuk membantɛras perkara itu.

Sampai sahaja di rumah, fikiran saya terus dibɛlenggu dengan pelbagai persoalan. Saya muhasabah diri. Saya rasakan terlalu banyak kekurangan dalam diri. Sekiranya saya mahukan sesuatu yang baik, saya sendiri perlu merubah diri saya ke arah itu.

Hari ke hari, hati saya makin tidak senang melihat perkara yang berlaku di depan mata. Disebabkan tidak tahan melihat semua itu, saya perlu lakukan sesuatu. Saya perlu betulkan dahulu diri saya. Saya mesti kembali mencari apa yang saya abaikan selama ini.

Saya perlu membetulkan diri dahulu sebelum mampu mengubah semua itu. Langkah awal yang saya lakukan ialah belajar kembali apa yang saya telah tinggalkan selama ini. Saya mencari buku-buku agama dan membacanya. Setelah membaca buku itu, saya berasa terlalu j4hil.

Setelah itu, saya mencari seorang Ustazah yang boleh mengajar saya mengaji al-Quran. Sudah lama saya tinggalkan semua itu. Saya tidak malu walaupun bermula dari Iqra’ satu. Bagi saya, tidak perlu malu untuk belajar membaca al-Quran, yang lebih malu apabila kita tidak boleh membacanya.

Sedikit demi sedikit, saya cuba mengamalkan kembali ajaran agama Islam. Walaupun apa yang dilakukan itu terasa baru bagi saya, namun ianya sedikit tidak berasa susah. Malah saya seronok melakukannya. Saya mula belajar puasa sunat dan juga mengamalkan perkara sunat yang lain.

Selepas itu, Allah SWT membuka pintu hati saya untuk bertudung. Saya rasakan inilah masa yang sesuai. Tidak perlu tunggu masa untuk berubah, tetapi kita yang perlu melakukannya.

Waktu itu saya memang tidak fikirkan rezeki dalam bidang lakonan akan hilang sekiranya saya bertudung. Saya percaya dengan rezeki Allah SWT.

Saya serahkan segalanya kepada Allah SWT. Saya sedia terima apa juga ujian dariNya. Benar telahan saya, selepas bertudung, panggilan berlakon makin kurang. Mereka terkejut melihat perubahan saya. Ada yang mengatakan, perubahan saya itu seperti men4bur pasir ke dalam periuk nasi sendiri.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan itu semua hanya sementara sahaja. Bermacam-macam lagi tohm4han yang singgah di telinga saya.

Tetapi inilah hakikat yang perlu saya terima. Saya tidak terkɛjut kerana awal-awal lagi sudah menduga perkara ini. Saya sudah bersedia menghadapinya. Bagi saya, tidak ada seorang pun manusia di dalam dunia ini dapat membaca hati kita, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Biarlah apa yang mahu mereka katakan, yang penting, Allah SWT tahu niat hati saya.

Ada yang menawarkan untuk berlakon, tetapi dia meminta saya membuka tudung. Tidak, saya tidak akan melakukannya. Biarlah saya kehilangan sumber pendapatan, namun untuk membuka kembali tudung, tidak sama sekali. Saya takut dengan az4b sɛksaan Allah SWT. Saya yakin Allah SWT akan menggantikannya.

Cukuplah dengan apa yang saya lakukan dahulu. Saya tidak mahu kembali lagi ke zaman itu lagi.

Selama dua bulan saya tidak menerima tawaran berlakon dari mana-mana produksi. Namun, saya sedikit pun tidak gusar. Malah saya anggap itu adalah cuti yang diberikan oleh Allah SWT untuk saya mendekatkan diri kepadaNya.

Kawan-kawan yang rapat dengan saya banyak memberi semangat. Kata mereka, ini adalah ujian Allah SWT. Jika saya sabar dan berjaya menghadapinya, pasti saya akan memperolehi kemanisannya.

Ujian Allah SWT yang datang menunjukkan Allah SWT sayang kepada kita. Dia mahu kita belajar erti sabar dan reda. Memang benar, saya merasakan diri saya mendapat satu kekuatan. Saya tidak berasa takut walaupun saya akan hilang mata pencarian saya.

Dengan kuasa Allah SWT, selepas dua bulan lebih tiada tawaran, Allah SWT gantikannya semula. Saya mendapat banyak tawaran berlakon dan juga rezeki yang lain. Rezeki itu datang melimpah ruah sehinggakan saya sendiri tidak mampu mengambil semuanya. Saat itu saya rasa bersyukur sangat.

Saya kembali ke dunia lakonan. Tetapi kali ini penampilan saya berbeza. Saya kini berhijab, dan saya perlu menjaga tata susila sebagai seorang wanita Muslim. Saya mahu menunjukkan bahawa, apabila seseorang itu bertudung, tidak semestinya dia tidak boleh bekerja dengan baik.

ALHAMDULILLAH, selepas perubahan saya, ada kawan-kawan yang mula berjinak-jinak dengan agama. Dia menelefon saya dan mengatakan saya kelihatan cantik apabila bertudung. Dia juga kini telah membeli koleksi tudung. Dan apabila tiba masanya, dia akan bertudung. Seronok saya mendengarnya, berita baik seperti itu membuatkan saya lebih seronok mendalami ilmu agama.

Hidup kita ini memang tidak sunyi daripada masalah. Namun saya yakin masalah yang menimpa adalah diutus oleh Allah SWT sebagai guru untuk mengajar saya erti kesabaran dan kekuatan. Percayalah, sesuatu masalah yang menimpa tidak terasa susah sekiranya kita yakin Allah SWT itu ada bersama kita.

Dia yang mendatangkan masalah, dan kepada dia juga tempat menyelesaikan masalah. Saya yakin, kalau kita mencari jalan untuk menuju ke arah-Nya, Dia pasti akan tunjukkan.

BIODATA RINGKAS AIDA KHALIDA.

Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad (Lahir 11 Ogos 1957) adalah seorang pelakon wanita Malaysia yang meraih zaman kegemilangannya pada era 1990-an. Beliau pernah bertukar nama komersial sebanyak dua kali.

Sejak tahun 1980, beliau memulakan kerja sebagai model dengan nama Aida Rahim, memandangkan Rahim adalah nama bekas suaminya pada tahun 2003 menukar nama kepada Aida Radzwill setelah berkahwin dengan Joe Radzwill dan terkini pada tahun 2010, beliau dikenali dengan nama Aida Khalida selepas beliau berpisah dengan Joe.

Sumber Kisah Benar via nasihatustaz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*