Kejujuran Wanita ‘Cleaner’ Pulangkan Cek RM10.4 Juta Dibalas Dengan Ganjaran Yang Besar

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kejujuran Wanita ‘Cleaner’ Pulangkan Cek RM10.4 Juta Dibalas Dengan Ganjaran Yang Besar

sikap amanah dan tanggungjawab

Dalam bekerja keras mencari rezeki hampir setiap hari, seseorang itu perlu mempunyai sikap amanah dan tanggungjawab supaya tidak menyalahgunakan jawatan atau kuasa atas kepentingan tertentu.

Sekiranya memegang prinsip tersebut, nescaya orang di sekeliling akan memandang tinggi selain dikurniakan keberkatan olehNya tanpa melalui banyak kesulitan dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini, seorang pekerja pembersihan yang dikenali sebagai Halimah menjadi bualan dalam kalangan warganet Indonesia selepas kisah kejujurannya tular di media sosial.

Memetik laporan Kompas.coml

Memetik laporan Kompas.com, wanita berusia 29 tahun itu terjumpa sebuah beg dompet yang berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta) dipercayai milik seorang penumpang ketika bertugas di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta.

Tanpa memeriksa apakah isi kandungan dompet berkenaan, dia terus melaporkan kepada pegawai bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC) berhubung insiden itu.

Namun, alangkah terkejutnya setelah pegawai memeriksa mendapati dompet berwarna coklat itu mempunyai cek tersebut selain lima buah buku bank serta sebuah pasport.

“Besar atau kecil nilainya, ia tetap bukan milik kami, justeru sudah kewajiban bagi petugas di lapangan untuk melaporkannya,” kata Halimah seperti dipetik daripada laporan Tribun Jakarta.

Kagum dengan sifat kejujuran Halimah, Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani berbangga sekali gus menunjukkan penghargaan kepada wanita terbabit dengan memberi ganjaran kenaikan pangkat sebagai penyelia.

Sentiasa bersikap jujur walaupun apa juga keadaannya, InshaALLAH pasti Allah membalas kembali kebaikan kita suatu hari nanti…

Sumber: Kompas.com via borakdaily Via infolikemdia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*