Cadangan Lupus Kereta Usia 10 Tahun Untuk Atasi Kesesakan Jalan Raya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cadangan Lupus Kereta Usia 10 Tahun Untuk Atasi Kesesakan Jalan Raya

KESESAKAN trafik di ibu negara bukan perkara baru kerana situasi itu tetap berlaku hampir setiap hari, terutama ketika waktu puncak. Masalah itu dilihat semakin buruk sejak berakhirnya cuti sambutan Aidilfitri lalu.

Antara penyebab adalah pertambahan jumlah kenderaan atas jalan apabila Kerajaan menamatkan perintah berkurung untuk mengekang penularan pandemik C0vld-19.

Akhbar Sinar Harian dalam satu laporan menyatakan ramai rakyat mengeluh berhubung situasi itu kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa di dalam kereta untuk pergi dan balik kerja.

Pasukan penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengemukakan cadangan mekanisme menyelesaikan masalah tersebut. Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail mencadangkan kenderaan mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun.

Beliau percaya polisi itu bertujuan mengimbangkan jumlah antara kenderaan baharu dan lama, yang mana kenderaan sudah melepasi had tempoh ditetapkan harus dilupuskan dan tidak lagi berada atas jalan raya.

Apa diusul itu membawa beberapa kebaikan, iaitu dapat mengelakkan pemilik terus menghabiskan wang membaik pulih kerosakan kenderaan mereka. Pendekatan itu juga mampu membantu melestarikan alam sekitar kerana mengurangkan kadar pelepasan karbon berbanding kereta baharu.

Idea itu mungkin relevan tetapi mungkin menimbulkan perdebatan seperti berikut:

Setiap kenderaan lama yang dilupuskan akan digantikan kenderaan baharu. Mungkin sesuai untuk pemilik yang memiliki lebih dua kenderaan di rumah.

Namun, bagaimanakah pula individu yang hanya memiliki sebuah kenderaan di rumah? Adakah individu seperti itu perlu menggantikan kenderaan lama mereka dengan baharu selepas genap usia lupus?

Jika itu pelaksanaannya, tiada apa berbeza kerana jumlah kenderaan dipandu di ibu kota tetap sama. Bagaimanapun, masih terlalu awal menilai polisi lupus-ganti kerana masih di peringkat cadangan. Harap bertenang.

Sumber: https://malaysiadateline.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*