Tak Senang Duduk Fikir Siapa Boleh Sambung Tugas Jaga Anak Syurga, Nenek 84 Tahun Gel1sah Kenang Nasib Cucu Aut1sme Yat1m P1atu

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tak Senang Duduk Fikir Siapa Boleh Sambung Tugas Jaga Anak Syurga, Nenek 84 Tahun Gel1sah Kenang Nasib Cucu Aut1sme Yat1m P1atu

Begitulah kisah seorang nenek berusia 84 tahun sebagaimana yang dikongsikan oleh aktivis kemasyarakatan, Natipah Abu.

Tok Hindun tinggal sebatang kara bersama cucu istimewanya, Along. DEMI kasih tidak bertepi terhadap cucunya, wanita tua ini tidak kisah menghabiskan sisa usianya untuk menjaga ‘amanah istimewa’ yang ditinggalkan sejak lebih sedekad lalu.

Perkongsian Natipah mengenai nenek yang dikenali sebagai Tok Hindun menerusi satu hantaran di Fbk baru-baru ini, benar-benar menyentuh hati warganet.

“Nenek yang telah berusia 84 tahun ini tabah menjaga cucu kesayangannya yang aust1me sejak belasan tahun lalu.

“Cucu yang yatim piatu itu hakikatnya tak tahu apa-apa pun. Anak syurga itu tidak boleh bercakap walau sepatah dan tidak juga boleh mengurus diri. Dipakaikan baju, dia buang dan campak semua.

“Along sudah 27 tahun usianya. Mula-mula ayahnya men1ng gal dunia, kemudian ibu pula menyusul. Sejak itu Along dijaga sepenuhnya oleh Tok Hindun,” kongsi Natipah.

Sungguhpun kudrat nenek berusia 84 tahun ini tidak segagah dahulu namun dia cuba menjaga Along sebaik mungkin.

Menurut Natipah, Tok Hindun menempatkan cucunya di sebuah bilik khas yang terpaksa dikunci hampir sepanjang masa kerana b1mbang akan tindakannya yang agre sif.

“Waktu makan, Tok Hindun akan masuk ke dalam bilik dan suapkan Along makan. Apabila hendak buang air, Along akan gunakan jamb4n cangkung di hujung bilik itu.

“Walaupun bilik ini daif tapi sangat bersih. Tiada bau yang kurang menyenangkan pun daripada tubuh Along, bukti Along dijaga rapi oleh Tok Hindun.

“Betul Tok Hindun kurung Along di bilik itu. Betul Tok Hindun pasang mangga sebesar penvmbuk di tingkap yang menjadi pintu masuk Along ke ruang tengah rumah.

Antara komen netizen yang turut tersentuh dengan kisah Tok Hindun.

“Sebab kalau Along terlepas keluar, Along akan berlari tanpa mengenal bah4 ya. Along pernah terlepas keluar dalam keadaan b0g3l. Bukan mudah untuk menge jar Along. Kudrat Along sangat luar biasa jika dibandingkan dengan Tok Hindun,” tulisnya lagi.

Tambah Natipah, sesukar manapun tugas menjaga Along, Tok Hindun tidak pernah meninggalkan cucunya bersendirian sejak diamanahkan ke tangannya.

“Along la nya wa Tok Hindun. Setiap malam Along dibawa keluar dari bilik khas dan Along akan tidur dengan nyenyaknya sebelah Tok Hindun.

“Tak pernah sekali-kali Along mengasari Tok Hindun jauh sekali menceder4kan orang tua itu,” kongsi Natipah.

Cerita Natipah yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam lapangan kebajikan dan kemanusiaan, dia tidak pernah missed berkunjung ke rumah nenek tua itu setiap kali Ramadan untuk menyampaikan bantuan berupa barangan makanan dan wang tunai buat meringankan beban.

Namun kunjungannya ke rumah Tok Hindun di Kampung Kuala Lesong, Kuala Ketil, Kedah baru-baru ini nyata membuatkan hatinya seb4k apabila wanita tua itu seolah-olah meninggalkan ‘wasiat’ kepadanya.

“Barangkali Tok Hindun cukup sedar, lambat laun dia harus pergi mening galkan Along. ‘Kalau ku m4 ti, mu ambiklah Mat Pizi ni, bela bagi elok tang (di) mana-mana’.

“Seb4k Kak Pah apabila Tok Hindun pesan begitu. Selama ni, tak pernah pun Tok cakap begitu. Kak Pah faham maksud Tok Hindun. Tok Hindun mahu Along dihantar ke rumah kebajikan. Saya mengangguk,” kongsinya.

Natipah (depan) sudah berkecimpung dalam lapangan kebajikan dan misi kemanusiaan sejak lebih 10 tahun lalu.

Jelas Natipah, dia akan cuba menunaikan pesanan Tok Hindun sebagaimana yang diamanahkan demi keselamatan dan kesihatan pemuda tersebut.

“Sekurang-kurangnya ada rawatan jika di rumah kebajikan. InsyaAllah jika waris yang lain bersetuju,” katanya.

Sehingga kini perkongsian Natipah meraih sehingga melebihi 2,100 shares di Fbk.

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*