[Vid̷eo] “Tak Tol̷eh Kiri K̷anan Dah,” Lel̷aki Tertingg̷al lsteri Lep̷as lsi Miny̷ak Buat W̷arganet T̷erhibur

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

[Vid̷eo] “Tak Tol̷eh Kiri K̷anan Dah,” Lel̷aki Tertingg̷al lsteri Lep̷as lsi Miny̷ak Buat W̷arganet T̷erhibur

Bila otak mula memikirkan pelbagai benda, mulalah kita menjadi tidak fokus dengan keadaan sekeliling.

Manakan tidak, banyak perkara yang perlu difikirkan seperti pekerjaan harian, anak di rumah, kucing yang masih belum diberi makan, ibu ayah di kampung dan bermacam-macam lagi.

Sama juga dengan kisah yang tuIar bau-baru ini di mana seorang lelaki ‘terlupa’ untuk membawa isterinya pulang bersama menaiki motorsikal nyata menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dik0ngsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @miszzue, kelihatan pasangan suami isteri bersama anaknya datang ke stesen minyak dengan menaiki motorsikal.

Namun usai mengisi minyak, suaminya itu terus bergegas sambil seorang wanita siap helmet di kepala tertinggal di stesen minyak tersebut.

‘Bila hang dah terbiasa mai isi minyak berdua dengan anak je lupa pula ada kawan yang tumpang..”

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Ketika ini, video tersebut telah meraih 210.3K tontonan, 6485 tanda suka, 164 komen dan 234 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat lelaki tersebut yang terlupa ‘bini’ dekat belakang.

Dalam masa yang sama, ramai juga dari kalangan para warganet boleh ‘relate’ kerana ada yang mengakui pernah mengalami kejadian yang sama dengan akak ni.

Berikut merupakan komen daripada warganet:

“Dengar sampai sekarang kawan dia tunggu. Kawan dia yang naik moto tu tak amik2 lagi”

“Lawak betul tak tengok kiri kanan belakang terus jalan”

“Saya lagi la naik kereta pam lupa letak. Tercabut terus hos pam tu. Kena bayar 150”

“Woi kesian dekat bini tu tertinggal siapa nak masak kejap lagi”

VIDEO:

Adoii boleh pula dia tertinggal, pengajaran buat para suami pastikan tengok kiri kanan dulu ya sebelum jalan.. kalau kena gini mau seminggu merajuk, satu hal pula nak pujuk.

Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*