Pelanggan bank tanda giliran guna selipar, topi keledar

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pelanggan bank tanda giliran guna selipar, topi keledar

JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan tindakan pelanggan sebuah bank yang menggunakan selipar dan topi keledar sebagai penanda giliran masing-masing, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @nurdin_abdullah.

“Ketika menunggu giliran untuk mendapatkan nombor di bank. Supaya tidak bergaduh, ini cara berkesan dan menjimatkan tenaga,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Rakaman menunjukkan sebilangan pelanggan sedang beratur di hadapan sebuah bank. Bagaimanapun, satu barisan lain kelihatan berbeza daripada apa yang sering dilihat.

Hal ini demikian kerana bukan manusia yang beratur tetapi selipar dan topi keledar milik pelanggan bank berkenaan.

Ia disusun dengan teratur di hadapan bank tersebut sehingga membentuk satu barisan. Sementara itu, pelanggan-pelanggan tersebut dilihat duduk dengan santai berhampiran barisan itu ketika menunggu giliran mereka..

“Ini baru barisan paling kemas dan tidak berpeluh,” kata seorang netizen.

“Kreatifnya, daripada menunggu dalam panas,” komen netizen lain.

sumner;Agensi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*