
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
“Kami nak jadi orang baik” – Dua sahabat warga emas naik motor ke pejabat NGO, akhirnya bergelar saudara baharu
Demikianlah kisah sepasang sahabat warga emas berbangsa Tionghua yang akhirnya memilih untuk mengucap dua kalimah syahadah, Rabu lalu.
Video detik penghijrahan dua sahabat itu yang dikongsikan di laman sosial oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dakwah, cukup membuatkan rata-rata warga maya bersyukur malah tumpang gembira dengan keputusan mereka untuk bergelar saudara baharu.
“Pakcik dan makcik ini datang ke pejabat Yayasan Amal menyatakan hasrat mulia nak habiskan usia hidup menjadi manusia yang baik,” demikian sebahagian kapsyen yang mengiringi video berkenaan.
Berkongsi cerita dengan mStar, Pengurus Besar Yayasan Amal (Wilayah), Mohd Khairul Azman Md Daud berkata, dia adalah individu yang bertanggungjawab mengajar kedua-dua warga emas berkenaan melafazkan kalimah dua syahadah, sebagaimana yang dilihat di dalam video berkenaan.
“Sebenarnya Amal Wilayah aktif membantu gelandangan di sekitar Kuala Lumpur (KL). Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami aktif menjalankan aktiviti amal sambil berdakwah di sekitar KL.
“Menerusi program seperti mengedar makanan percuma, kami ajar mengaji, ajar solat dan lain-lain. Maknanya kita mendekati mereka. Tapi selepas PKP, kami cuba pendekatan lain.
Ustaz Azman (kanan) membantu pasangan sahabat berkenaan melafazkan dua kalimah syahadah.
“Pada September 2020, kami wujudkan Warung Makan Sahabat (WMS) di mana kami menyediakan makanan tengah hari percuma setiap hari kecuali Isnin, untuk gelandangan. Ramai yang datang ambil makanan percuma tanpa mengira bangsa.
“Termasuklah dua sahabat ini, mereka sering datang ke WMS. Akhirnya baru-baru ini mereka datang dan nyatakan hasrat nak peluk Islam,” ujarnya yang mesra disapa Ustaz Azman.
Menurutnya, kedua-dua sahabat berkenaan berusia dalam lingkungan 50-an dan tinggal di sekitar kawasan Chow Kit
Pemberian makanan percuma di Warung Makan Sahabat (WMS).
“Soalan biasa yang kita tanya kepada mereka yang nak masuk Islam sebelum ini, ‘kenapa nak peluk Islam?’. Mereka berdua kata Islam bagus, ajar kita jadi baik, kami nak jadi orang baik.
“Kebanyakan yang suarakan hasrat memeluk Islam ini datang dari pelbagai latar belakang dan cerita tersendiri. Sebelum ini hidup tak tenang, rezeki susah. Tapi mereka lihat, Islam ini memudahkan mereka dari sudut rezeki.
“Saudara baharu akan dapat sedikit bantuan dari Baitulmal. Namun jangan kita pertikai pasal itu. Ini kerana selepas masuk Islam, mereka akan terus dibimbing,” ujar ustaz berusia 44 tahun ini.
Mereka (mualaf) dibimbing oleh guru yang mendapat tauliah daripada Jawi. Kelas diajar menggunakan bahasa Tionghua.
MOHD KHAIRUL AZMAN MD DAUD
PENGURUS BESAR YAYASAN AMAL (WILAYAH)
Menurut Ustaz Azman, selain WMS yang menyediakan makanan percuma, Amal Wilayah juga mewujudkan Rumah Didik Sahabat (RDS) untuk membimbing mualaf.
“Dalam seminggu mereka ada kelas bimbingan dari Isnin hingga Khamis. Isnin adalah kelas akhlak, Selasa pula kelas Al-Quran, Rabu adalah kelas Tauhid dan Khamis pula kelas Fiqah.
“Mereka dibimbing oleh guru yang mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Kelas diajar menggunakan bahasa Tionghua kerana tahap penguasaan bahasa Melayu mualaf ini agak lemah,” ujarnya.
Tambah Ustaz Azman, sehingga kini terdapat kira-kira 40 orang mualaf yang dibimbing NGO Amal Wilayah yang terdiri daripada warga emas berusia 50 hingga 70 tahun.
Barisan tulang belakang Amal Wilayah.
Tidak menyangka perkongsian video penghijrahan dua sahabat berkenaan meraih lebih 370,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Ustaz Azman berkata mesej yang cuba diketengahkan adalah Islam terbuka untuk semua.
“Kita sedia membantu sesiapa sahaja yang nak mendekati Islam. Yang nak masuk Islam ni ramai. Ada saudara baru kita yang kata, dia dah lama nak masuk Islam, tapi tak ada yang dekati.
“Jadi kita perlu menyantuni mereka dan dari situ ramai yang tertarik dengan kebaikan Islam.
Kelas fardhu ain untuk kanak-kanak Islam di Chow Kit.
“Dalam pada itu, saya juga mahu menguar-uarkan kami juga memerlukan dana untuk kelangsungan operasi harian. Kami bimbang jika dana berkurang. Kami amat perlukan sokongan semua.
“Boleh datang ke WMS sendiri untuk tengok. Ada yang berpendapat, tak bagus bagi makan percuma. Tapi kita kena lihat dari konteks yang lebih luas, contohnya kita dapat elakkan perbuatan mencuri akibat lapar.
“Bila mereka disantuni, hati mereka akan lembut dan terbuka untuk menjadi insan yang baik,” ujarnya lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply