Suami Isteri Jana Pendapatan Sampingan RM4K Sebulan Tanam Kobis Di Halaman Rumah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Suami Isteri Jana Pendapatan Sampingan RM4K Sebulan Tanam Kobis Di Halaman Rumah

MARAN: Berbekalkan kreativiti dan us4ha, seorang belia generasi kedua FELDA mampu meraih pendapatan RM4,000 sebulan hasil jualan sayur-sayuran organik yang ditanam di sekeliling rumah keluarganya dekat FELDA Jengka 12 di sini.

Bermula dengan enam bekas polistirena kira-kira enam tahun lalu, Wan Ahmad Nizam Wan Khazam, 36, kini memiliki lebih 600 bekas itu yang dipenuhi dengan lebih 20 jenis sayur-sayuran.

Wan Ahmad Nizam berkata, beliau menggunakan sepenuhnya bahan organik iaitu mendapan sisa buah kelapa sawit yang diambil daripada kolam takungan sebuah kilang kelapa sawit dekat FELDA Jengka 8 di sini.

Beliau berkata, hasil penggunaan mendapan itu, sayuran yang ditanam tidak memerlukan baja lain, malah mempercepatkan tumbesaran pokok, selain lebih berkhasiat kerana bebas penggunaan racun makhluk perosak.

“Saya bermula pada 2010 dengan hanya enam bekas polistirena yang diisi mendapan sisa buah kelapa sawit dan campuran tanah. Ketika ini, saya hanya mencuba sahaja, namun tidak sangka sayur yang ditanam subur dan sihat.

WAN Ahmad Nizam menunjukkan sayur yang ditanam sekitar rumahnya di FELDA Jengka 12. – Foto Shahrinnahar Latib

“Bekas polistirena itu asalnya saya kutip dari sebuah pasar raya di Bandar Tun Razak Jengka. Saya mula menambah bilangan jenis sayuran berdaun bergantung kepada kotak polistirena yang mampu diperoleh daripada tempat ia dibuang.

“Ternyata barangan buangan seperti mendapan sisa proses kelapa sawit dan kotak polisterin memberi pendapatan tambahan kepada kami, malah mampu mencecah RM4,000 setiap bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di FELDA Jengka 12 di sini, semalam.

Anak kelima daripada 12 beradik itu, berkata ibunya, Wan Bahizah Wan Su, 65, turut membantu beliau melakukan kerja di kebun sekeliling rumah mereka seperti menyiram serta menyemai anak pokok.

“Antara sayur-sayuran yang ditanam ketika ini termasuk pelbagai jenis salad; bayam; sawi; kailan; labu; kobis dan kobis bunga serta sayuran yang jarang ditanam orang seperti seperti salad Perancis, bayam sutera, brokoli.

“Selain sayuran segar, saya juga menjual anak-anak pokok sayuran seperti kobis dan salad kepada orang ramai yang berminat untuk menanam sendiri di rumah mereka. Anak-anak pokok ini dijual pada harga RM5 bagi tiga pokok,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 21 itu, berkata setakat ini, semua sayuran ditanamnya tidak perlu dibaja atau diracun kerana tanah hitam yang digunakan mempunyai zat dan mineral mencukupi.

KOBIS turut ditanam di hadapan rumah Wan Ahmad Nizam di FELDA Jengka 12. – Foto Shahrinnahar Latib

 

SAYUR-SAYURAN yang ditanam bagaikan hiasan landskap sekeliling rumah keluarga Wan Ahmad Nizam di FELDA Jengka 12. – Foto Shahrinnahar Latib

“Penggunaan tanah dalam kotak polistirena itu cukup untuk satu pusingan saja dan selepas sayuran dikutip, tanah berkenaan perlu diperam selama tiga atau empat hari bagi menghilangkan bau masam.

“Kotak yang sudah dikosongkan, dimasukkan tanah baharu dan anak benih sayur lain pula, bukan dari jenis sayur sama sebelumnya. Jika menggunakan tanah dan anak benih sama, ia membantutkan tumbesaran pokok,” katanya.

Beliau berkata, sayuran ditanam tidak mengambil masa lama, hanya dua minggu hingga empat bulan bergantung kepada jenis tumbuhan terbabit.

“Sawi, salad dan bayam boleh dipetik dalam tempoh dua hingga tiga minggu saja,” katanya.

FAKTA:

  • RM1 seikat sayur berdaun.
  • RM2 sepokok salad.
  • RM3-RM4 kobis bergantung kepada saiz.
  • 70% dan 30% – tanah biasa dicampur mendapan sisa sawit.
  • 600 kotak polisterin dengan 20 jenis sayuran

ANAK-ANAK sayur yang baru disemai Wan Ahmad Nizam di hadapan rumahnya dekat FELDA Jengka 12. – Foto Shahrinnahar Latib

Sumber: Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*