7 Langkah Terbaik Mengawal Emosi Anda Ketika Marah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

7 Langkah Terbaik Mengawal Emosi Anda Ketika Marah

Sifat marah merupakan fitrah dalam diri setiap manusia. Benar. Manusia mana dalam dunia ini yang tidak pernah marah seumur hidupnya.

Ketahuilah hati merupakan raja dalam diri. Bayangkan jika amarah yang dikuasai nafsu dan syaitan itu pula menjadi raja, sudah tentu hati itu akan musnah dan binasa. Kerana satu-satunya musuh di dalam diri manusia adalah nafsu dan sifat marah itu merupakan sebahagian darinya.

Ketika marah, lidah boleh mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar manakala anggota badan mampu bertindak diluar batasan. Dengan sifat marah inilah syaitan berjaya memutuskan tali silaturrahim antara kita, keluarga dan sahabat handai.

Ingatlah, salah satu sifat orang bertakwa ialah orang yang mampu menahan marahnya. Seperti mana firman Allah yang bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu dan syurga seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertaqwa. Orang yang menafkahkan hartanya baik ketika lapang dan sempit, orang yang menahan marahnya dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Allah mengasihi orang yang berbuat kebajikan. Surah Ali-Imran 3: 133-134

Selalunya orang yang sedang marah sukar untuk menahan emosinya ini kerana akal dan hati sudah pun diterajui oleh nafsunya.

Lalu, bagaimanakah cara untuk mengawal emosi ketika marah supaya kita masih boleh bertindak dengan waras dan rasional serta dapat mengendalikan diri daripada melakukan perkara yang keterlaluan.

Berikut adalah langkah terbaik dalam mengawal emosi ketika mar4h.

1 -Bersabar

Ketika marah menguasai diri cubalah untuk bersabar. Sabar itu merupakan sebahagian daripada iman. Ya! Sememangnya bukan mudah untuk bersabar.

Lebih-lebih lagi dikala marah sedang menguasai diri. Namun, disaat kita ingin marah cuba fikirkan sejenak betapa sabarnya Allah terhadap kita.

Kita melengahkan solat, tidak membaca Al-Quran dan jarang berzikir mengingati-Nya sedangkan Allah S.W.T tetap sabar dan masih mengurniakan kepada kita nikmat rezeki yang tidak pernah putus. Allah yang Maha Agung dengan segala sifat kesempurnaan lagikan bersabar apatah lagi kita manusia yang hlna.

Jika kita sentiasa ingat betapa sabarnya Allah terhadap kita, Insya Allah kita akan jadi malu untuk cepat melenting,marah dan kecewa terhadap apa jua perlakuan dan perkataan orang lain terhadap kita.

2 – Berdiam Diri

Kadang-kadang orang yang sedang marah gagal mengawal emosinya kerana mereka saling berbalas mulut padahal perkara itu mungkin perkara kecil sahaja.

Namun, apabila dibalas ia bertukar menjadi perbalahan yang serius. Cuba ketika marah, kita berdiam diri. Cari dimana kesilapan kita bukannya mencari kesilapan orang lain.

Berdiam diri bukanlah bermakna kita salah atau lemah cuma kita tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Sebagimana ajaran Nabi S.A.W yang bermaksud;

“Apabila seseorang daripada kamu marah maka hendaklah dia diam.” Riwayat Ahmad

3 – Bertenang Dan Beristigfar

Apabila perasaan marah dirasakan semakin tidak dapat dikawal, maka sebaik-baiknya kita bawa bertenang. Fikirkan akibat dan kesan buruk yang bakal berlaku jika kita lepaskan amarah.

Cuba lafaskan zikir dan istigfar berulang-ulang kali dibibir. Insya Allah dengan cara itu Allah memberikan petunjuk dan menyalurkan kekuatan agar kita mampu berfikir secara waras dan bertindak dengan betul.

4 – Mengambil Wudhuk

Rasulullah S.A.W bersabda;

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan hanyasanya api dapat dipadamkan dengan air. Jika apabila ada diantara kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk.”
Riwayat Abu Dawud.

Cuba praktikkan berwudhuk dalam apa jua keadaan. Wudhuk bukan sekadar diambil ketika hendak solat sahaja. Jadilah seperti mana Bilal Bin Rabah yang sentiasa mengekalkan wudhuk dalam kehidupan sehariannya.

Nabi S.A.W pernah bertanya kepada bilal “Apakah amalan yang sering Engkau lakukan sehingga Aku mendengar tapak kakimu didalam syurga?” lantas Bilal menjawab, “tiada amalan lain selain setiap kali terbatal hadas, aku berwudhuk lalu mendirikan solat dua rakaat.” Riwayat Bukhari Muslim

5 – Solat Sunat

Biasanya kalau sedang marah, emosi kita sedikit terganggu. Kita mungkin tidak boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu pekerjaan. Apa kata, mintalah izin daripada bos atau ketua kita untuk solat sunat sekejap.

Solat sunat walau nampak ringan namun impaknya sangat hebat. Solatlah dan minta ampun dari Allah atas segala dosa. insyaAllah, Allah akan melembutkan hati dan menjadikan hati kita lebih kuat dan tenteram.

6 -Bersangka Baik

Apabila kita marahkan seseorang, cubalah untuk bersangka baik dengannya. Mengapa perlu bersangka baik? Ingatlah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda;

“Sesungguhnya Allah berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepada-Ku.”
Riwayat At-Tirmidzi

Sangkaan Allah terhadap kita antara Pencipta dengan hamba-Nya. Apatah lagi kita manusia sesama manusia.

Ketika marahkan seseorang, jangan sesekali mengingati tentang keburukan atau kelemahannya malah, ingatlah akan segala kebaikannya sahaja. Bersangka baiklah, sesungguhnya sangka baik itu menenangkan hati dan menerangkan jiwa.

7 – Ingat Allah Sedang Menguji

Allah S.W.T mengingatkan dalam hadis Qudsi:

“Wahai anak adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Allah tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
Riwayat Ibnu Majah no.1597)

Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Perasaan marah juga merupakan salah satu daripada ujian Allah terhadap kita. Oleh itu, ketika marah, jangan bertindak terburu-buru. Katakan pada diri;

“Allah sedang menguji diriku!”

Bukanlah Allah datangkan ujian itu sia-sia bahkan hakikatnya untuk menjadikan kita lebih kuat. Seperti sabda Rasulullah S.A.W;

“Orang yang kuat itu bukan orang yang menang dalam pergaduhan tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan perasaan marahnya.”
Riwayat Bukhari Muslim

Antara pesan Rasulullah S.A.W yang paling utama ialah “Jangan marah”. Lalu mengertilah kita, bahawa menahan atau mengawal emosi ketika marah sangat penting untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Diceritakan daripada Anas bin Malik R.A bahawasanya “aku melayani Rasulullah selama 10 tahun. Demi Allah! Baginda sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku “Ahh!” baginda juga tidak pernah mengatakan kenapa tidak berbuat begitu dan berbuat begini.”
Riwayat Muslim

Benarlah suri teladan terbaik itu ada pada baginda Rasulullah S.A.W. Dikatakan walaupun baginda suka atau tidak kepada sesuatu perkara hanya melalui riak wajahnya sahaja.

Tiada sebarang perkataan yang buruk dihamburkan daripada mulut baginda. Rasulullah diherdik, dicaci maki oleh puak kafir pun masih lagi mampu bersabar dan tersenyum. Alangkah baiknya kalau kita sebagai ummatnya pun kita melakukan perkara yang sama.

Sumber: Tazkirah.net

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*