Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
“Saya anggap ini peluang kedua diberikan Allah SWT untuk saya buat sesuatu” – Dari Tali Gantµng Ke Urus Jen4zah
Kehidupan mereka suatu masa dahulu bergelumang dalam dunia ‘gelap’, malah ada yang sepatutnya hayat mereka berakhir di tali gantµng kerana melakukan kesalahan jen4yah berat.
Bagaimanapun, siapa sangka bekas bandµan ini kini menjadi antara individu paling sibuk tampil ke hadapan bagi menguruskan jen4zah setiap hari tanpa mengira penat lelah dan waktu.
Malah, mereka ini juga menjadi sebahagian daripada petugas barisan hadapan dalam menguruskan jenazah pesakit C0v1d-l9 sepanjang p4ndemik melanda negara sejak 2020.
Mengimbas kisah silam, Pengasas Bersama Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK), Shahrol Mohamad, 43, berkata dia pernah terbabit dalam insidɛn pergadµhan yang berakhir dengan kem4tian kira-kira 20 tahun lalu menyebabkan dirinya ditahan sebelum dijatµhi hukµman gantµng.
Bagaimanapun, katanya, ketentuan yang diterimanya sµkar diduga apabila diberi pengampunan dan dibebaskan.
“Saya anggap ini peluang kedua diberikan Allah SWT untuk saya buat sesuatu (kebaikan). Buat jah4t tidak semestinya terus buat jah4t dan terus dipandang hin4.
“Jadi, terlintas di fikiran saya untuk berubah dan Allah menjentik hati saya untuk membuat pengurusan jen4zah secara percuma kerana saya faham tidak semua orang ada duit.
“Ini kerana kos pengurusan satu jen4zah bukan murah kerana boleh mencecah RM1,000 ke atas bergantµng kepada jarak tempat pengebµmian,” katanya.
Sementara itu, sukarelawan PSSK yang hanya mahu dikenali sebagai Ali, 39, berkata dia bergelµmang dengan jen4yah r0mpakan dan samµn bersenj4ta selama lebih 10 tahun sehingga menjadi burµan pihak berkuasa dengan arahan temb4k sampai m4ti.
“Saya tiada kerja tetap dan mahu dapat duit dengan cara mudah serta cepat. Maka jalan singkatnya, saya pergi mer0mpak dan menyamµn supaya dapat kumpul banyak duit,” katanya.
Katanya, nasibnya baik kerana ketika ditahan, pihak berkuasa tidak menemb4knya walaupun pada mulanya menerima arahan itu.
“Hampir 30 anggota polis yang mengepung saya pada waktu itu menerima arahan untuk menemb4k saya, tetapi mungkin Allah mahu memberi saya peluang untuk bertaubat.
“Hendak dijadikan cerita, ada seorang wanita di tempat kejadian menjerit kerana terperanjat melihat ramai polis berlari dengan pist0l.
“Ia membuatkan (pegawai) polis yang mengetuai operasi itu memberi arahan jangan temb4k untuk memastikan keselamatan orang awam,” katanya.
Bapa lima anak itu berkata, atas pelbagai kesalahan jen4yah, dia dijatµhkan hukµman penj4ra seumur hidup namun dibebaskan lebih awal.
“Mungkin ini rezeki saya dan selepas beberapa usaha turun naik mahkamah akhirnya saya dibebaskan. Saya juga anggap malam kejadian saya ditangkap, ada hikmahnya mungkin Allah mahu saya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan untuk berbakti kepada masyarakat.
“Selepas dibebaskan saya mula insaf dan banyak mendekatkan diri dengan perkara kebaikan. Salah satunya, saya menyertai PSSK kerana tertarik dengan misi mereka mempermudahkan urusan waris dalam menguruskan jen4zah dan tidak mengambil sebarang bayaran daripada waris.
“Secara tidak langsung, kerja mulia ini juga mendekatkan diri dengan kem4tian dan membuatkan saya takµt untuk mengulangi perbuatan lampau,” katanya.
KULIT JASAD TERC4BUT.
Pengalaman menguruskan jen4zah waris yang tidak dituntut untuk tempoh berbulan-bulan lamanya memberi keinsafan kepada Azwan Abdullah, 36, untuk menyertai Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) sejak lebih setahun lalu.
Azwan berkata, dia tidak boleh melupakan detik menguruskan jasad individu yang tidak dituntut waris.
“Apa sahaja keadaan jen4zah tidak kira apapun, kami perlu menetapkan niat asal untuk mempermudahkan pengurusan jen4zah dan mengebµmikannya mengikut tatacara Islam.
“Bukan hanya bau kurang menyenangkan, malah ada kulit jasad yang sudah tercabµt namun kami buat tugas sehingga sempurna urusan pengebµmian. Kadang kala pengalaman yang saya lalui ini menginsafkan diri kerana terfikir bagaimana pengakhiran saya nanti,” katanya.
Katanya, walau apa pun cabaran, ia tidak mematahkan semangatnya untuk mengejar pahala, bahkan tugas itu sudah sebati dengan dirinya.
“Kalau saya tak urus jen4zah sehari memang akan rasa macam rindu pula,” katanya.
Rakannya, Mohd Helmi Mohd Azalan, 37, berkata daripada seorang yang ‘kosong’ tanpa mengetahui apa-apa kini dia terlatih dengan ilmu menguruskan jen4zah mengikut tatacara Islam.
“Dulu saya tak tahu apa-apa pun, sekarang saya boleh menguruskan jen4zah. Saya fikir hari ini kita memudahkan urusan orang, esok-esok kalau berlaku apa-apa kepada keluarga sendiri, saya sudah tahu apa hendak buat.
“Apabila buat kerja ini, saya dapat satu ketenangan yang tak akan dapat di mana-mana,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Farid Arifin, 22, berkata dia tidak mahu usia mudanya disia-siakan dengan kerja tidak bermanfaat lalu menyertai PSSK sejak lebih setahun lalu.
“Masa kerja saya bebas dan tidak menentu, jadi saya terfikir lebih baik saya sertai pasukan PSSK bagi mengisi masa lapang.
“Ilmu dapat, pahala pun dapat. Daripada tak tahu apa-apa dan penakµt, kini saya tahu hendak melakukan fardu kifayah,” katanya.
Sumber: HM
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply