Tiada Lagi Sentµhan Tangan Manusia, Robot Pintar Ambil Alih Tµgas Edar Air Zamzam Di Masjidil Har4m

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tiada Lagi Sentµhan Tangan Manusia, Robot Pintar Ambil Alih Tµgas Edar Air Zamzam Di Masjidil Har4m

Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengµrangkan risiko penµlaran C0v1d-19, Masjidil Haram di Makkah menggunakan kemudahan robot pintar bagi mengedarkan botol air zamzam kepada jemaah haji dan umrah.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Pengairan Zamzam bagi hal ehwal lapangan dan perkhidmatan, Badr Al-Luqmani.

Jelas beliau sebagaimana dipetik menerusi portal berita Arab News, teknologi tersebut membolehkan proses pengagihannya dilakukan tanpa campur tangan manusia selaras protokol kesihatan.

Robot tersebut berkeupayaan mengedarkan sebanyak 30 botol air pada satu pusingan yang berlangsung sekitar 10 minit, terangnya.

“Ia akan beroperasi selama lapan jam pada satu masa dan mengambil masa 20 saat untuk memuatkan botol berkenaan.

“Paling penting, robot ini tidak akan berl4nggar atau mengh4lang orang lain,” katanya sambil memberitahu bahawa ‘mesin automatik’ itu menerima beberapa kelulusan termasuk spesifikasi pensijilan (CS) dari Eropah.

Al-Luqmani menambah, pihaknya sedang dalam proses untuk merealisasikan rancangan mengendalikan robot dalam skala yang besar.

“Bukan sekadar robot mengedarkan botol air zamzam, tetapi juga dalam urusan mengendalikan beg dan silinder mudah alih.

“Kami sentiasa berusaha menyediakan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi kepada pengunjung masjid suci ini,” ujarnya.

Untuk rekod, operasi kemudahan teknologi tanpa tenaga manusia itu merupakan sebahagian daripada program ‘Bagaimana untuk menjadi contoh teladan dalam dµnia digital’ (How to be a role model in the digital world), bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengajar penggunaan teknologi maklumat serta komµnikasi yang optimum.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi baru sahaja mengaktifkan semula 155 tangki marmar yang mengalirkan air zamzam.

Pada masa sama, sebanyak 20,000 tong air zamzam mudah alih turut ditempatkan di masjid agung berkenaan.

Keputusan menyambµng semula agihan itu diambil selepas pihaknya mendapati, kadar peningkatan penerima v4ksin dalam kalangan warga tempatan dan asing di Arab Saudi, di samping komitmen tidak berbel4h bagi yang ditonjolkan oleh pengunjung Masjidil Haram.

Sebelum ini, operasi penyediaan air zamzam pernah dihentikan berikutan kebimbangan penµlaran j4ngkitan C0v1d-19 dalam kalangan jemaah haji dan umrah di kedua-dua masjid tersebut serta digantikan dengan penggunaan robot pintar.

Sumber Arab News

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*