Bayi 6 Bulan M4ut Dipercayai Ses4k Nfas, Ayah Bawa Naik ‘Moto’ 500km Untuk Tengok Bola Sepak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bayi 6 Bulan M4ut Dipercayai Ses4k Nfas, Ayah Bawa Naik ‘Moto’ 500km Untuk Tengok Bola Sepak

Bayi yang baru berusia enam bulan dilaporkan m4ut selepas dibawa menaiki motosikal dari Jawa Tengah ke Jawa Timur untuk menonton perlawanan bola sepak.

Kisah dan kejadian tersebut disahkan oleh ibu bapa kepada bayi itu sendiri selepas tular di media sosial pada 3 Ogos lalu di Twitter.

Menurut bapa kepada bayi itu, dia bersama isterinya membawa bayi tersebut menaiki motosikal dari Tegal, Jawa Tengah ke Surabaya, Jawa Timur pada 30 Julai lalu untuk menonton perlawanan bola sepak dari pasukan kegemaran mereka yang berlangsung di ibu kota.

Menurutnya lagi, mereka bertolak dari Tegal sekitar jam 5.38 petang waktu tempatan dan tiba di Surabaya sekitar jam 7:15 pagi keesokan harinya. Perjalanan yang kira-kira 500 KM itu mengambil masa sekurang-kurangnya 15 jam untuk sampai ke destinasi.

Sebaik sahaja tiba, bayi tersebut dilaporkan mengalami batuk dan kesukaran bernaf4s dan membawanya ke hospital. Malangnya, dia meningg4l dunia walaupun pihak hospital sedaya upaya berusaha untuk menyelamatkannya.

“Ini semua disebabkan kebod0han saya yang dibaluti dengan ego serta keangkuhan dengan membawa bayi saya yang masih berusia enam bulan dari Tegal ke Surabaya semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak.

“Biarlah saya seorang saja yang bersikap seperti ini,” tulisnya, lapor agensi berita Coconuts.

Memeti Coconut, tujuan si bapa kongsikan kisah tersebut untuk dijadikan sebagai peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana walaupun akan menerima kecam4n umum. Walau bagaimanapun, punca sebenar kematian bayi tidak didedahkan.

Dr, Kurniawan Satria Denta, seorang pakar pediatrik menerusi laman Twitter miliknya, mengambil peluang menasihati para ibu bapa supaya tidak membawa bayi mereka menunggang motosikal seperti yang sering dilakukan oleh umum.

“Antara risikonya ialah hipotermia. Bayi akan kesejukkan dan akan mengalami hipotermia yang berisiko tinggi mengalami masalah pernafasan dan metabolik, mereka juga mungkin akan tidak sedarkan diri,” tulisnya, lapor Coconuts.

Sumber: Coconuts via https://siakapkeli.my/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*