Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sebak lihat kesepakatan 7 beradik jaga ibu tiri tengah naz4k, “mak sangat baik walau kami bukan anak dia
Orang kata dapat ibu tiri yang baik adalah satu rezeki. Walaupun tiada lagi kasih sayang tulus setanding ibu kandung, namun kasih sayang ibu tiri pun tiada galang gantinya. Tipikal pemikiran kebanyakan orang pula, jika ada ibu tiri, pasti wataknya sangat garang, muka ketat dan tak mesra.
Tetapi lain terjadi pada 7 beradik ini apabila memberitahu mereka amat menyayangi ibu tiri mereka dan sanggup menjaga wanita tua itu di akhir hayatnya.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Nomie Mat Lias, dia menceritakan bagaimana 7 beradik saling bergilir menjaga ibunya dan apabila ditanya, mereka berkata ibunya sangat banyak berjasa kerana menjaga mereka sejak kecil selepas pemergian ibu kandung mereka.
Perkongsian tersebut sebenarnya telah dimuatnaik pada 2018, namun ia kembali tular dan menarik perhatian orang ramai. Kisah ini boleh dijadikan pengajaran untuk orang ramai di luar sana.
Kami kongsikan cerita inspirasi ini yang diambil dari Nomie Mat Lias.
Terharu dan sebak saya melihat kesepakatan 7 beradik ini menjaga ibu tirinya yang nazak. Anak-anaknya ini berkumpul di hospital sejak minggu lepas.
Bila ditanya, mereka mengatakan, ini mak tiri kami. Tapi dialah yang jaga kami 7 beradik dari kecil.
Mak meninggal lepas bersalin adik bongsu, lama dah. Umur adik pun 27 dah. Lepas 2 tahun ayah nikah dengan mak baru (sambil memandang tubuh lesu terbaring).
Susah masa tu. Kami semua kecil. Ayah tukang rumah. Ada kerja ada duit. Takde kerja ambil upah tolong orang. Semua kerja buat.
Mak pula buat kuih, nasi lemak. Kadang ambil upah menoreh getah. Maklumlah, orang susah. Janji dapat duit.
Tapi kak, mak ni memang baik sangat. Bayangkan umur kami semua rapat, saya sorang perempuan. Abang 6 orang. Bila diingatkan, memang nakal dulu masa kecik.
Tapikan seingat saya, mak tak pernah memaki hamun. Marah sikit-sikit adalah. Ada satu ketika, ayah ikut kontrak, jarang balik rumah. Sebulan sekali. Nak balik kerap, tak mampu. Nak jimat duit. Mak la yang jaga kami semua.
Bila dikenang balik, mulianya hati dia jaga kami anak-anak tiri.
Mak pernah mengandung 2 kali, tapi keguguran. Dan hingga sekarang, dia tak punya anak sendiri. Tapi kami tak rasa beza pun, tak anggap dia mak tiri. Bagi kami, inilah mak kami. “
Ini sekarang kami berkumpul jaga mak. Adik dari Penang, amik cuti. Saya dari kuantan, pun bercuti. Abang lain ni ramai semua kami pakat jaga gilir-gilir.
Kesian kak, tengok mak macam ni. Dia selalu kuat, ceria. Doktor pun kata dia dah lemah sangat. Organ dalaman dah tak kuat. Ibarat kata orang, tunggu masa aje dah ni.
Teringat saya pada pesan ustazah di surau minggu lepas. Buatlah baik setiap masa.
Manusia mungkin tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui. Orang baik pengakhirannya pasti baik.
Melihat makcik Minah, dalam keadaan beliau berjuang di saat akhir ini walaupun tidak sedarkan diri, beliau sesungguhnya orang yang beruntung.
Biarpun tak punya zuriat, namun anak-anak yang beliau jaga sejak 50 tahun lepas sentiasa di sisi beliau. Sanak saudara- jiran sentiasa penuh melawat sentiasa mendoakan beliau.
Moga Allah merahmati dan redha denganmu makcik. Sebak tengok orang sakit
sumber;h metro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply