
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
4 Fakta Men4kutkan Tentang Ner4ka
Kita semua sudah tahu yang pengakhiran kita adalah di antara syurga ataupun ner4ka. Sudah semestinya kita memilih syurga sebagai destinasi yang terakhir. Manakala, ner4ka jarang ada ‘permintaan’ dan kurang ‘peminatnya’.
Ner4ka. Sebutannya pun sudah mengerunkan kita. Bagaimana pula suasana dan keadaan di dalamnya? Adakah sama dengan peny3ksaan di dunia? Adakah tempatnya seteruk di p3njara dunia?
Walau kita tak pernah ke ner4ka, kita sudah tahu betapa gerunnya ner4ka melalui wahyu Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Allah itu Maha Adil dan tidak akan meny3ksa kita tanpa sebab. Allah telah menceritakan segalanya untuk kita. Kitalah yang harus bijak memilih destinasi kita. Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.” Surah Al-Baqarah 2:119
Mari sama-sama kita mengenali neraka. Kenal bukan untuk mencintai tetapi agar kita dapat bersama-sama menghindari dan menjauhi perbuatan yang boleh mencampakkan kita ke ner3ka. Semoga 4 fakta ini membuka mata kita.
1- Sifat Penjaga Ner4ka
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari ner3ka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); ner3ka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Surah At-Tahrim 66:6
Menurut Imam Kathir, tabiat malaikat yang menjaga ner4ka adalah kasar dan dicabut daripada hati mereka(malaikat) perasaan belas kasihan terhadap orang-orang k3fir.
Sedarlah kita bahawa sifat penjaga ner4ka memang layak berada di dalam ner4ka untuk menambahkan lagi s3ksaan kepada penghuni ner4ka.
Walau betapa sakit dan pedihnya s3ksaan yang ditanggung penghuni neraka, malaikat penjaga ner4ka tidak mempunyai walau secebis belas kasihan kepada mereka.
Para malaikat hanya patuh mengikut perintah Allah. Dan tangisan ahli ner4ka tidak berguna lagi. Kata taubat sudah terlambat untuk dilafazkan di sana.
2- Makanan Ahli Ner4ka
Dalam ner4ka juga disediakan makanan dan minuman. Namun, segala pemberian itu hanya menambah seksa dan s4kitnya kepada ahli ner4ka.
Benar, makanan yang disediakan menambah beban kesakitan tetapi disebabkan haus dan lapar yang terlampau, mereka terpaksa menelannya. Dalam al-Quran dinyatakan satu buah yang menjadi makanan ahli ner4ka iaitu:
“(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berd0sa (dalam ner4ka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” Surah Ad-Dukhan 44: 43-46
Pada ayat dan surah yang lain ada menyebut tentang minuman ahli ner4ka iaitu:
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.”
Surah Al-Kahfi 18:29
3- Haiwan Buas Dalam Ner4ka
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada seorang pun pemilik harta yang tidak menunaikan zakatnya melainkan harta itu kelak ditampilkan di hadapannya dalam bentuk seekor ular botak. Ular itu mempunyai titik hitam di atas matanya. Ia mematuk pangkal dagu orang itu sambil berkata, ‘Akulah harta kamu. Akulah simpanan kamu.’”Hadis riwayat Imam Bukhari
Benarlah neraka menjadi seburuk-buruk tempat. Pelbagai s3ksaan dan rintangan berat harus ditanggung oleh penghuni neraka.
Dihadirkan haiwan buas yang akan menambah keperitan ahli ner4ka di dalamnya. Begitulah bukti Allah adil akan hambaNya. Setiap perbuatan pasti ada pembalasan.
Jika manusia yakin dan percaya akan dahsyatnya ner4ka pasti mereka tidak akan mahu bermudah-mudah dengan amalan d0sa.
4- S3ksaan Yang Menakutkan
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api ner4ka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa az4b sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah An-Nisa’ 4:56
Kulit yang dibakar di dalam ner4ka sehingga hangus akan diganti semula. Prosesnya berulang dan sentiasa berjalan di dalam neraka.
Kesakitannya tidak usah dikata, lebih menyeksakan daripada segala seksaan di dunia. Bagaimana pula seksaan yang paling ringan di dalam neraka? Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya, seringan-ringan seksaan ahli neraka pada hari kiamat adalah seseorang yang di bawah tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan dia berfikir bahawa tidak ada seorang pun yang merasakan seksaan yang lebih daripadanya. Padahal itu adalah seksaan paling ringan di ner4ka.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim
Kesimpulan
Setiap manusia inginkan kehidupan yang baik dan bahagia. Kebahagiaan hidup bukan hanya berhenti di dunia tetapi harapannya akan berlanjut sehingga ke hari akhirat.
Neraka bukan tempat yang perlu dituju. Walau dosa kita bergunung, janganlah berhenti untuk meminta keampunan dan mengharap rahmat Allah S.W.T yang Maha Luas.
Selagi kita bernafas dan dapat mencelikkan mata pada hari ini, kita masih ada peluang dan masa untuk kembali kepada Allah S.W.T. Allah sedang menunggu taubat kita. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan s3ksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ma’idah 5:74
Ya Allah, selamatkanlah dan peliharalah kami dari az4b api ner4kaMu. Sesungguhnya kami tidak sanggup dan tahan menanggung s3ksa ner4kaMu.
Sumber: tzkrh.com
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply