Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Jenaz4h Bayi Comel Itu Tersenyum, Mungkin Dia Sedang Melihat Syurga
Baru-baru ini sewaktu melalui Jabatan Forɛnsik bagi pemantauan tempat mer0kok, mata saya terpandang pada satu bungkusan kecil di atas troli.
Kemudian saya bertanya kepada pegawai agama yang bertugas menguruskan jɛnazah. Saya bertanya adakah yang dikafankan ini bahagian tubuh manusia atau janin.
Menurutnya itu adalah jɛnazah bayi cukup sifat. Jɛnazah ini merupakan kɛs polis yang mana ia ditemui di sebuah rumah kedai di Rawang.
Menurut dari apa yang dimaklumkan m4yat ini dipercayai ditinggalkan selepas berlakunya kelahiran. Tidak pasti sama ada bayi ini meningg4l disebabkan bvnuh atau m4ti ketika dilahirkan. Saya sendiri tidak bertanya lanjut di Unit Forɛnsik.
Disebabkan m4yat bayi ini tidak dapat dikenalpasti siapa waris untuk dipertanggungjawabkan maka pihak polis meminta hospital untuk melakukan pelupusan m4yat dengan cara yang sempurna. Dari raut wajahnya kelihatan seakan memiliki wajah kacukan dengan warga asing.
Mungkin Pakistan atau di negara-negara Selatan. Hidungnya mancung dan kulit seakan cerah kemerahan.
Comel dan cantik apabila melihat jɛnazah bayi perempuan ini dipakaikan telekung sebelum dikafankan. Sɛbak pula saya lihatnya. Siapalah yang tergamak membiarkan bayi yang tidak berd0sa ini keseorangan di sebuah rumah kedai.
Jika dia m4ti semasa dilahirkan sekalipun, tidakkah ada rasa ehsan untuk menguruskannya selayaknya.
Jika dia hidup sewaktu dilahirkan dan dibvnuh atau ditinggalkan untuk dibiarkan m4ti, maka di mana sifat kemanusiaan bagi yang melahirkannya atau yang menyebabkan bayi ini ada. Baik si ibu atau si bapa kepada bayi m4lang ini kenapa perlu bersikap kɛjam dan berhati seperti haiwan.
Bagi saya yang menatap wajah kecil comel dan cantik yang berhidung mancung ini mengundang rasa sɛbak dan seakan mahu menangis. Sedih jika tahu kenapa pengakhiran yang sepatutnya menjadi permulaan hidup di dunia ini diperlakukan oleh manusia yang sepatutnya bersifat keinsanan dan bukannya bersikap kehaiwanan.
Tenang dan seakan tersenyum saya lihat wajah jɛnazah bayi perempuan ini. Mungkin dia telah melihat syurga yang merupakan tempat kediamannya dan tempat bermainnya bersama rakan-rakan yang telahpun ke syurga terlebih dahulu.
Ya pastinya tempat bayi ini di syurga. Dia hadir di dunia tanpa sempat menikmati kehidupan dari insan yang sepatutnya menjaga dan memeliharanya dengan penuh kasih sayang.
Sumber Kamarul Faizal.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply