
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
“Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arw4h Papa” – 3 Anak Tiri Ubah Hidup Penerima Best Papa Millenial 2022
“Kita perlu jadi kawan dengan anak-anak. Turunkan ego, cuba lµangkan masa dengar apa anak nak bercerita..” Ini tip dikongsikan personaliti TV, radio, pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham.
Bapa kepada empat cahaya mata ini menganggap keluarga adalah nombor 1. Tanpa adanya isteri dan anak-anak, kejayaan seorang lelaki tak akan bermakna. Berkongsi perasaannya sebagai daddy, Issey tidak menyangka rezekinya dapat menjaga tiga anak y4tim yang kini menjadi anak tiri.
“Ini adalah amanah Allah untuk saya. Saya tahu bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab ini. Tak dinafikan, awal-awal saya berkahwin dengan Aimi Jamel, anak-anak Aimi agak kek0k dan malu-malu kerana mereka dah besar.
“Disebabkan itulah, saya cuba untuk cipta satu bonding dengan mereka iaitu selalu berkomunikasi dan ambil tahu perkembangan mereka setiap masa. Dari situ, sehari ke sehari hubungan kami makin baik dan kini masing-masing manja dengan saya,” kongsinya.
Tambah Issey, walaupun dalam sehari tidak dapat meluangkan masa yang lama dengan anak-anak dan isteri, seboleh upaya dia akan cµri sekejap masa waktu malam sebelum semua lelapkan mata.
“Jika saya tiada shooting atau apa-apa program malam, saya akan pastikan Maghrib mesti dah ada di rumah. Waktu inilah dapat makan sekeluarga, tengok anak-anak buat kerja sekolah dan menonton TV bersama,” katanya.
Penerima Best Papa Millenial 2022 ini juga turut berkongsi tip rumah tangga, bilik tidur adalah tempat perbincangan utama bagi pasangan suami isteri. Sebagai pasangan biliklah tempat untuk berbincang apa saja tanpa anak-anak dengar.
“Saya anggap bilik tidur zon seriµs suami isteri. Jadi apa sahaja permas4lahan perlu diselesaikan bersama. Jika baik komunikasinya, insyaAllah eloklah semuanya.
“Macam saya, walaupun seorang pelawak, tapi dengan Aimi tak boleh bergurau sembarangan. Dia seorang yang sensitif. Jadi kena tengok pada situasi juga. Tapi dengan anak-anak, elemen lawak menjadi keutamaan sebab ini yang boleh merapatkan hubungan kami,” ujarnya.
Bercerita mengenai perjuangan melihat isteri bersalin anak sulungnya, Faaeq Fathian, Issey menjelaskan jatµh air mata jantan tengok perjµangan isteri bersalin.
“Waktu ini memang rasa seb4k sangat. Baru tahu kuatnya seorang ibu untuk melahirkan zuriatnya. Saat doktor suruh untuk memotong tali pusat bayi, tak disangka-sangka besarnya anugerah Allah untuk saya.
“Jadi saya dah janji dengan Aimi sesibuk mana pun, dalam doa sentiasa ada nama mereka. Daddy nak minta maaf kalau daddy tak sehebat arw4h papa,” akhirinya.
LATAR BELAKANG ISSEY.
Fazlisham Mat Hussin (lahir pada 26 Jun 1987) atau lebih dikenali sebagai Issey Titan ialah seorang pelakon, pelawak, penerbit, pengacara dan penyampai radio Hot FM (2016-18) dan Suria (2018-21). Beliau merupakan anggota kumpulan lawak Titan dalam Bintang Mencari Bintang.
Beliau pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat Dikir Akademi Arjunasukma, di mana beliau mengambil peranan sebagai tukang karµt untuk Konsert Lentera Timur oleh penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Istana Budaya pada Oktober 2013.
Sumber majalahpama.my
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply