Bisa ulat bulu laut boleh membunvh jika alahan t0ksin’

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bisa ulat bulu laut boleh membunvh jika alahan t0ksin’

SHAH ALAM – Kejadian yang menimpa seorang tukang rumah, Hamizi Hamzah yang mengalami kecederaan parah di kaki kanannya sehingga isi daging luruh dan bernanah disahkan berpunca daripada sengatan ulat bulu laut.

Pegawai Sains Kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohamed Fahmy Yusof berkata, haiwan tersebut yang boleh didapati dengan banyak di kawasan perairan di seluruh negara terutama kawasan berpasir dan batu karang.

Haiwan ini mengandungi bisa yang terdapat pada duri yang boleh menyebabkan mangsa berasa gatal sebelum bisa itu merebak dalam tempoh kurang 10 minit dan selepas itu bahagian badan yang terkena bisa akan mula bertukar menjadi merah dan membengkak.

Jika seseorang itu mempunyai alahan pada toksin maka bisa ulat bulu laut ini boleh membunuh mangsa jika tidak dirawat dengan segera,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Hari ini akhbar melaporkan Hamizi Hamzah, 39 dari Kampung Telaga Lanas, Tumpat turun ke lagun di Kampung Jubakar Pantai untuk mencari tiram untuk makan malam keluarganya dua bulan lalu.

Dia mula menyedari berlaku sesuatu yang tidak kena pada kakinya yang bertukar menjadi lebam kebiruan dan semakin membengkak sehingga dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Mohamed Fahmy yang juga pensyarah sambilan dan mempunyai kepakaran dalam bidang hidupan laut yang berbahaya itu berkata, rawatan awal yang terbaik jika seseorang terkena bisa ulat bulu laut ialah dengan menuangkan cuka atau limau nipis pada bahagian yang disengat oleh haiwan tersebut.

Ini kerana cuka atau limau adalah asid yang bertindak balas kepada bisa atau toksin yang terdiri daripada protein. Cuka akan bertindak sebagai pemusnah protein. Mangsa kemudian perlulah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” jelas beliau.

Beliau menjelaskan, terdapat pihak tertentu memberikan petua membasuh kawasan yang disengat dengan menggunakan air kencing namun sebenarnya tindakan itu hanya memberi kelegaan untuk sementara sahaja.

sumber ;agensi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*