Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Petua Lebatkan Tanaman Buah Mangga Di Rumah, Kena Letak Bahan Rahsia Ini Rupanya
Kenapa buah mangga tak lebat ni. Pelik lah…”
Itulah ungkapan sering diluahkan jika tanaman pokok tidak berjaya dan tidak mendatangkan hasil seperti yang diinginkan. Pelbagai cara dan petua telah dilakukan tetapi tetap juga pokok mangga tidak berbuah lebat seperti tanaman orang lain.
Di mana silapnya? Mungkin anda tertinggal satu lagi petua yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Kak Chah. Menurutnya, buah mangga berbuah lebat dan merimbun selepas mencuba petua yang dikongsi oleh si anak. Nak tahu apa? Ikuti perkongsiannya di bawah.
PETUA LEBATKAN TANAMAN BUAH MANGGA DI RUMAH, KENA LETAK BAHAN INI
Mangga tepi rumah. Lebat merimbun buahnya. Tak boleh nak tanggung dahannya, patah satu dahan besar pula tu. Buah pula belum cukup tua. Bagi bagikan pada jiran tetangga dan selebihnya buatkan kerabu, bagikan pada jiran jiran juga.
Ramai yang tanya baja apa saya gunakan. Sebenarnya saya tak ada baja specific. Cuma anak saya bagi tip, dia terbaca satu article dari barat. Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak terpakai dan mendapat hasil yang baik.
Jadi saya cuba dan menuangkan minyak masak yang sudah tak nak digunakan lagi seperti bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam dan sebagainya sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu. Alhamdulillah buah kali ini sangat lebat di kebanyakan tangkai dan rasanya manis.
Cuma pesennya kali ini dia berbuah dahan by dahan bukan semua sekali satu pokok. Ada yang dah masak, buah muda, putik buah dan banyak juga yang baru keluar bunga.
Tips ini hanya boleh dipraktikkan untuk tanaman atas tanah sahaja. Selain buah mangga, pokok buah-buahan lain juga boleh. Pastikan tuang minyak jauh dari batang pokok bukan curah pada pangkal pokok. Untuk elak buah berulat boleh cuba tips tabur garam kasar di keliling 2-3 kaki dari batang pokok. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Kak Chah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply