Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
RM45,000 Sebulan Jual Telur, Tahan Peny4kit Antara Sebab Ramai Pilih Menternak Itik Berbanding Ayam
Itik Telur, untuk kawasan seluas 6,000 kaki persegi boleh diternak 2,000 ekor itik. Kadar telurnya ialah 75% jadi akan dapat hasil sebanyak 1,500 biji telur sehari.
Itik telur bertelur setiap hari jika tidak s+ress dan diberi makanan dengan kadar yang tepat dengan jangkahayat dua tahun ke tiga tahun.
Jika dijual dengan harga 70sen sebiji maka hasil harian adalah RM1,050 bersamaan dengan RM31,500 sebulan.
Jika diasinkan menjadi telur itik masin dan dijual pada harga RM1 sebiji maka hasil bulanan akan menjadi RM45,000.
Harga jualan bergantung pada kawasan dan kepandaian masing-masing. Nak senang kerja jual pada pemborong, nak dapat lebih sikit jual sendiri, nak lagi lebih proseskan jadi produk, kalau ada kepakaran dan keupayaan boleh je eksport ke pasaran Singapura dan China.
Kos makanan, kos pekerja, risiko serang4n penyakit adalah bergantung kepada pengurusan dan ilmu masing-masing. Disinilah pentingnya perancangan awal, ilmu, strategi dan pengalaman.
Yang nak jimat dan bijak akan usahakan pembuatan makanan ternakan sendiri tanpa bergantung 100% pada dedak dimana 70% kos ternakan datangnya daripada makanan dan ianya boleh diturunkan sehingga 5% dengan hanya menggunakan sisa buangan pasar, sisa ikan h4ncur pasar, sisa kulit udang, sisa kulit siput, sisa buangan sayur h4ncur, sisa hampas jus buah serta sisa makanan kedai makan.
Jika itik sudah tidak produktif bertelur, itik boleh dijual sebagai itik pencen dengan harga boleh mencecah sehingga RM25 seekor dan boleh mendapat pulangan modal kembali sebanyak RM50,000 untuk pusingan seterusnya.
Nak dapat harga jual itik pencen macam tu kena panjang akal sikitlah fikirkan macam mana, nak mudah kerja memang jual borong harga bawah RM10.
Kalau ada tanah dua ekar , boleh dimuatkan 20,000 ekor itik petelur, satu rumah pekerja, satu stor makanan, satu rumah proses dan sembel1han, kawasan dalam boleh dijaga oleh angsa dan kawasan sekeliling yang akan dijaga oleh 4 ekor anjing rootweiler terlatih.
Semoga bermanfaat untuk tatapan semua. Kepada yang ingin bermula semoga berjaya, jangan lupa kira sekali kos-kos lain yang berkaitan kerana semua bidang dan perniagaan ada kejayaan, kesulitannya dan cabaran yang tersendiri.
Mudah-mudahan semua urusan anda dipermudahkan.
Penulis adalah tuan Wan Mohd Saufiee seorang penternak berjaya.
sumber .s harian
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply