Mudahnya Tanam Kangkung Hanya Tanam Dalam Botol Minuman Terpakai Sahaja

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Mudahnya Tanam Kangkung Hanya Tanam Dalam Botol Minuman Terpakai Sahaja

Kangkung termasuk antara sayuran yang paling mudah ditanam. Salah satu langkah yang kita boleh ambil adalah dengan menanam sayur-sayuran sendiri di rumah.

Ramai yang terkesan dengan kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ni kan? Mulai sekarang ni kalau boleh kita perlulah berjimat-cermat dan manfaatkan apa yang ada di sekeliling kita.

Di sini kami kongsikan sebuah perkongsian menarik oleh Ganis Silvia di Fbk tentang bagaimana cara tanam kangkung dengan mudah hanya menggunakan botol terpakai saja.

Walaupun tanah di rumah tak luas atau hanya ‘sekangkang kera’, anda boleh praktikkan cara ini untuk menanamnya. Memang berbaloi dan ramai yang dah cuba.

Jom tengok perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

Semoga bermanfaat!

CARA TANAM KANGKUNG & SAYUR-SAYURAN DALAM BOTOL MINUMAN TERPAKAI

Di sini saya nak berbagi sedikit tatacara menanam kangkong guna botol bekas, sederhana, mudah, murah dan hasil meriah.

Ini hasil tanaman guna botol terpakai di rumah saya.

Bagaimana cara nak tanam sayuran menggunakan botol minuman terpakai?

Saya guna botol ada 2 lapis:

  • bahagian atas – isi tanah kompos
  • bahagian bawah – isi air (jadi tak payah siram tiap-tiap hari, mudah!)

Cuma perlu tambahkan air saja bila airnya sudah berkurang.

Berapa paras air yang perlu disediakan?

Boleh rujuk gambar di bawah ya.

Saya bubuh air sampai lubang kecil yang ada tanda panah merah itu supaya 1/4 medium tanahnya terendam untuk menjaga kelembaban tanahnya sebab tak pakai sumbu.

Cara Buat Botol Untuk Tanam Kangkung / Sayuran

1. Potongkan botol jadi 2 bahagian.

2. Tebuk lubang seperti yang ada pada gambar (tengok tanda panah merah dalam gambar di bawah)

3. Lubang yang ada pada botol dilapiskan atas isi tanah itu. (Fungsinya sebagai peresapan air untuk memberikan kelembapan pada medium tanahnya)

Kemudian lubangkan pula 2 lubang kecil kanan kiri di bahagian botol yang satu lagi. Fungsinya sebagai sirkulasi oksigen untuk menghindari pembusukan akar dan juga buangan air yang terlebih.

Cara Tanam / Semai Benih Kangkung

Untuk kangkung dan bayam boleh terus tabur benih dalam 5-10 biji benih di setiap botol.

Oh ya, nanti letakkan botol ini di tempat yang agak redup. Sebab medium kecil, jadi tak tahan kalau pancaran matahari terlalu terik.

Jika ditanam di tempat terbuka / direct matahari, lebih baik atas pasang paranet jaring hitam supaya tak terlalu panas atau kalau hujan kuat pun tak rosak.

Tutup botol boleh dibuka kalau akarnya sudah sampai bawah. Mediumnya saya guna tanah kompos dan baja guna NPK.

Cara Pembajaan

Untuk pembajaan boleh dilakukan setelah usia tanaman lebih kurang 2 minggu setelah semai.

Cara sukatannya ialah 1 senduk makan baja NPK dilarutkan dengan air 1,5 liter. Siram secukupnya seminggu sekali.

Untuk akar yang sudah sampai bawah baja boleh terus di bubuhkan dalam botol isi air tu dengan sukatan 1/4 sudu makan.

Lepas 2 Minggu Dah Boleh Tuai!

Untuk penuaian kangkung sangat mudah.

Hanya potong dan tinggalkan satu tunas yang paling bawah.

Dalam masa 2 minggu sudah boleh tuai ulang dan begitu juga seterusnya.

Untuk sawi, salad, pak choy boleh pula dituai dengan cara dipetik tangkai daunnya dan tinggalkan daun yang paling muda. Nanti dalam seminggu dah boleh petik lagi dan begitu juga seterusnya.

Mudah kan?

Jadi lepas ni bolehlah cuba tanam sayur sendiri di rumah… Manfaatkan setiap ruang yang ada, sebab botol ni disusun secara vertical pun boleh.

Selamat mencuba!

Sumber asal perkongsian oleh: Ganis Silvia via Kebun Tepi Rumah via rahsiarumahtangga

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*