Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Pokok Buah Gajus Sukar Ditemui, Tetapi Kacang Gajus Berlambak di Pasaran
Bila sebut kacang Gajus, ramai yang akan tahu akan rasa kesedapannya. Tapi, saya pasti ramai yang suka makan kacang Gajus tak pernah kenal pun pokok Gajus, malah buah Gajus pun tak pernah dilihat dan dipegang. Baru-baru ini, saya berkesempatan ‘terserempak’ dengan pokok Gajus yang sudah berbuah. Bukan mudah nak jumpa pokok buah Gajus ni, ia dah makin sukar ditemui.
Buah Gajus hanya terkenal kerana bijinya yang berada di luar buah. Ia boleh dikatakan buah yang agak pelik, dan rare; sehingga dijadikan teka-teki. Gajus juga dikenali sebagai Janggus, Jambu Golok, Jambu Monyet, Bunga Kesasar, Jambu Terung dan Ketereh. Ia merupakan sejenis pokok berbuah dengan nama saintifik Anacardium occidentale.
Buah Gajus Sukar Ditemui, Tetapi Kacang Gajus Berlambak di Pasaran
Pada mulanya, saya ingatkan pokok ini adalah pokok tempatan, tetapi rupanya tidak. Ia berasal dari negara yang sama datangnya pokok Getah, iaitu Brazil. Menurut cerita yang pernah saya dengar, pokok ini dibawa bersama dengan pokok Getah dan Koko. Ketika itu, ia banyak ditanam di negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang, dan juga Melaka untuk mendapatkan bijinya.
Buah Gajus atau Janggus, Jambu Golok, Jambu Monyet, Bunga Kesasar, Jambu Terung atau Ketereh boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan.Ia kurang digemari kerana rasanya yang masam kelat. Hanya bijinya sahaja yang menjadi terkenal dan mendapat permintaan yang tinggi. Biji buah Gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Disebabkan rasanya yang berlemak seperti kacang tanah, maka biji Gajus yang dipanggang ini akhirnya dikenali sebagai Kacang Gajus
Pokok Buah Gajus Sukar Ditemui, Tetapi Kacang Gajus Berlambak di Pasaran
Sekarang, saya sukar nak temui biji Gajus panggang yang diusahakan oleh orang tempatan. Kebanyakkan yang ada dijual di pasaran datangnya dari Thailand. Uhh banyak betullah kiranya pokok Gajus di Thailand sehingga banyak Kacang Panggang Gajus ini dijual serata Malaysia.
Tapi, pucuk Gajus agak mudah juga saya temui di pasar basah di tempat saya. Pucuk Gajus antara ulam-ulaman yang menjadi kegemaran ramai termasuklah saya. Ada khasiat tertentu dalam pucuk Gajus terutama untuk mereka yang ada masalah dengan penghadaman, masalah selera makan, sakit keronkong dan juga cirit-birit. Rasanya lemak-lemak kelat, dan sedap dimakan segar cicah sambal belacan…yummiii…
Fakta Menarik Mengenai Gajus
Beberapa fakta menarik mengenai buah Gajus:
- Biji gajus dijual dengan harga RM 25.00-RM 50.00 sekilogram mengikut gred dan kualiti
- Bijinya perlu diproses untuk hilangkan bisa getah; iaitu dengan menggoreng biji Gajus bersama pasir, dan supaya ia tidak hangus.
- Minyak dari biji gajus digunakan sebagai bahan bernilai tinggi sebagai bahan melembut dan melicinkan kulit.
- Kulit pokok Gajus berguna untuk menghasilkan gam.
Cecair kulit gajus boleh digunakan untuk rawatan Ketuat, Kutil dan Kaki Retak.
Pokok Gajus berdaun lebar dan agak rendang. Selalunya dijadikan pokok teduhan di kampung. Buah Gajus berwarna hijau ketika muda, dan bertukar menjadi warna kuning atau merah apabila dah masak. Gajus masak yang berwarna merah dikatakan lebih sedap dari yang berwarna kuning… tapi rasanya tak lari .. iaitu masam kelat. Ada yang beritahu saya, ada buah Gajus yang rasanya manis kelat …. 🙂
Uhh tetiba rasa nak makan Kacang Gajus cap Tong Garden .. kui kui kui.
Sumber: Wikipedia
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply