Beli EmAs DeNGan Du1t RM20. Tu Cara Wan1ta Ni Reward Diri Guna Tabung Du1t Or3n!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Beli EmAs DeNGan Du1t RM20. Tu Cara Wan1ta Ni Reward Diri Guna Tabung Du1t Or3n!

Sejak dulu lagi, kita sering mendengar istilah reward diri. Ramai orang menggunakan istilah ini dengan membelikan sesuatu yang bernilai sebagai tanda penghargaan buat diri sendiri setelah penat bekerja.

Pun begitu, tidak dinafikan setiap orang ada caranya yang tersendiri. Contohnya seperti Puan Zainon Abu Bakar ini, menggunakan hasil tabungan duit RM20 untuk membeli apa sahaja yang diingini dan hal ini dikongsikan di akaun fbnya.

Terbaharu, Puan Zainon atau lebih mesra disapa Che Non telah dapat membeli rantai kaki hasil daripada tabung duit oren miliknya.

Tergelak budak-budak tu bila Che Non keluarkan duit tabung kat kedai Emas tadi.
Gasak diorang mengira. Nasib baik duit RM 20, kalau duit singgit tadi, jenuh kira,” kongsinya di akaun fbnya.

Beli je apa yang kita nak, dah penat berkerja kan. Janji malam ni tido dalam senyum. OK moh kita menabung lagi, duit dah menyusut. Dah ada target untuk Si Princes pulak,” kongsinya lagi.

Tabung Duit Oren

Kisah tabungan duit oren ini bukan baharu bagi puan Zainon Abu Bakar, bermula sejak tahun 2020 lagi. Menurutnya dia akan menganggap duit oren itu seakan tidak laku, sebagai motivasi diri untuk terus simpan duit tersebut ke dalam tabung tanpa digunkan untuk perbelanjaan harian.

Che Non anggap tak laku, so kalau terima duit ni memang tak akan pakai. Ada beg dan balang khas untuk asingkan duit ni. Paling gerun kalau time tunggu gaji duit ni muncul,” tulisnya di akaun fbnya.

Tambahnya lagi, “Tak ada target, just asingkan je. Kadang-kadang terguna juga. Selit-selit juga yang purple dan hijau tapi yang dua warna ni memang tak boleh tahan lama dalam balang tu asyik kena tarik je.

So bila nak beli sesuatu kita selongkar le balang tu. Masa tu tak teragak-agak dah, sambar je terus. Kira reward la. Happy untuk diri sendiri,” ceritanya lagi.

Reward Diri

Dah tua-tua ni tak de istilah nak menyimpan untuk masa depan. Untuk anak-anak inshaallah ada rezeki mereka nanti. Alhamdulilah sentiasa cukup rezeki yang Allah kurniakan.

Masa sekarang kita target untuk banyakkan melabur di saham akhirat. Istiqomah untuk selalu bersedekah. Semuga nanti Allah akan meluaskan rezeki kita lagi. Aamiin.”

Sumber : Zainon Abu Bakar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*