Berlainan Agama Tidak MenghaIang Nenek Ini Menjaga Dua Cucu Kandungnya Yang Beragama Islam – Jiran Dengan Rela Hati Mengajar Mengaji

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Berlainan Agama Tidak MenghaIang Nenek Ini Menjaga Dua Cucu Kandungnya Yang Beragama Islam – Jiran Dengan Rela Hati Mengajar Mengaji

Berlainan agama tidak menghalang seorang nenek beragama Hindu untuk menjaga dua cucu kandungnya yang beragama Islam.

Tanggungjawab itu dipikul V Chandra, 62 tahun selepas cucunya Jasmine Hawa Abdul Nur, 16 tahun dan Roselyn Aisyah Abdul Nur 14 tahun, kem4tian ibu mereka, Nurani Kalsom Abdullah, tahun lalu akibat C0VlD-l9.

Menurut Chandra, dua beradik itu kini tiada tempat bergantung apabila bapa mereka yang merupakan warga negara Bangladesh terputus hubungan selepas berpisah dengan ibu mereka.

“Ibu mereka merupakan anak tunggal saya dan telah lama memeluk agama Islam.

“Jadi bila dia meningg4l dunia Ogos tahun lalu akibat C0VlD-l9, saya bawa Jasmine dan Roselyn tinggal bersama dengan saya kerana mereka tiada saudara mara yang lain” katanya ketika ditemui di rumahnya di Senawang, baru-baru ini.

Ujarnya, perbezaan agama sedikit pun tidak menggugat kasih sayangnya terhadap cucu-cucunya. Hikmahnya kata Chandra, hubungan dengan cucu-cucunya kini menjadi lebih rapat dan mesra.

“Dulu mereka tinggal di Klang, Selangor dan kami jarang berjumpa. Walaupun kami tinggal berjauhan, tapi saling bertanya khabar.”Lebih 20 tahun saya tinggal seorang diri selepas berpisah dengan suami dan sekarang hidup saya tidak lagi sunyi kerana ditemani cucu,” katanya.

Bagi memastikan kedua-dua cucunya tidak ketinggalan mendapat pendidikan Islam sewajarnya, Chandra meminta tolong jirannya, Selasawati Ali, 62 tahun mengajar al-Quran.

Malah dia juga akan memastikan mereka makan makanan yang halal dan menunaikan solat lima waktu.

“Saya tak halang untuk mereka jalani kehidupan sebagai seorang Muslim dan sebagai nenek saya akan cuba beri yang terbaik.

“Cuma apa yang saya risaukan jika saya tiada nanti. Siapa yang akan jaga mereka lebih-lebih lagi kedua-dua cucu saya perempuan,” katanya.

Bagi menyara hidup, Chandra bergantung dengan wang pencen ilat dan dia bersyukur apabila Baitumal turut memberi bantuan bulanan RM420 untuk kedua-dua cucunya.

Katanya, dengan keadaan diri yang sudah tua selain berdepan masalah kesihatan dia tidak lagi mampu bekerja.

“Kaki saya pun tak kuat lagi selepas saya membuat pembedahan tempurung lutut dan menghidap kanser payudara.

“Bila ada mereka tinggal bersama saya, dapatlah mereka tengok-tengokkan saya,” katanya.

Jelas Chandra, walaupun mungkin akan ada dugaan pada masa hadapan, namun sebagai nenek dia akan terus memikul tanggungjawab menjaga Jasmine dan Roselyn sebaik mungkin terutama dalam memastikan cucu-cucunya terus menjalani hidup sebagai seorang muslim.

Sementara itu kata Jasmine, jika dulu Allahyarham ibunya sentiasa mengingatkan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan jangan tinggal solat, tetapi kini ingatan itu tidak lekang dari mulut neneknya. Katanya, dia bersyukur kerana neneknya yang dipanggil ‘nani’ sudi menjaganya.

“Nenek sangat menjaga soal agama kami dan bila saya dan Roselyn belajar mengaji di rumah, sesekali nenek akan duduk mendengar,” katanya.

RASA TANGGUNGJAWAB PENUHI HASRAT AJAR MENGAJI.

Sementara itu jiran warga emas berkenaan, Selasawati Ali, 62, dengan rela hati membantu kedua-dua remaja itu mengajar mengaji selepas diminta oleh nenek mereka.

Tanpa mengenakan sebarang bayaran, Selasawati setiap minggu akan datang ke rumah Chandra untuk mengajar cucu-cucunya mengaji.

Sepanjang kami berjiran, saya tak pernah tahu pun Chandra ada cucu beragama Islam. Tapi pada suatu hari saya nampak cucu-cucunya memegang al-Quran.

Saya bertanya lebih lanjut kepada Chandra dan dia sendiri yang minta bantuan untuk membantu cucu-cucunya belajar mengaji, katanya.

Kata Selasawati, keikhlasan Chandra untuk memastikan cucu-cucunya tidak tertinggal untuk mendalami al-Quran sangat terserlah. Jika lambat datang untuk mengajar mengaji. Chandra yang akan menghubunginya.

Sebagai jiran, saya rasa bertanggung jawab sangat untuk membantunya, Chandra pun saya tengok sangat mengambil berat, katanya.

Sementara itu Noraini Kamaruddin, 33 tahun yang tinggal berjiran dengan warga emas itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia rapat dengan Chandra yang disifatkan seorang jiran yang baik.

Katanya, wanita itu menjadikannya sebagai tempat rujukan memandangkan dia tinggal seorang diri.

Anty Chandra ini juga kurang fasih Bahasa Melayu, apa saja urusan dia akan rujuk pada saya termasuklah soal urusan harta arwah anaknya.Saya dan suami tiada masalah untuk membantunya kerana kami hidup berjiran, katanya.

Chandra yang kini memikul tanggungjawab menjaga dua cucunya yang beragama Islam selepas ibu mereka meninggal dunia tahun lalu akibat C0VlD-l9.

Sumber SH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*