Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Rasa Sayu Bila MeIihat Abah Tarik Kereta Guna TaIi DaIam Terik, 9 Beradik BeIi Kereta Baru Untuknya
Ibu bapa adalah insan yang paling utama dan harus dihormati dalam institusi keluarga.
Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak.
Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap segala penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang telah mereka berikan kepada anak-anak.
Dalam Islam juga dituntut agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini teramatlah penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14).
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15).
Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan
Segala susah payah yang telah mereka lalui demi membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara, maka, janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.
Seorang pengguna Facebook, Yanie Tawil baru-baru ini telah berkongsikan satu kisah menyentuh hati di mana dia dan 8 lagi adik-beradiknya telah sama-sama mengumpul wang untuk menghadiahkan kereta baru buat ayah tercinta.
Idea ini tercetus apabila mereka sebak melihat ayah mereka menarik kereta menggunakan tali dalam keadaan cuaca yang panas terik ekoran kereta tersebut rosak.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Kenapa timbulnya ‘rancangan’ untuk hadiahkan abah kereta?
Ini lah salah satu sebabnya. Bila kami sedang sibuk bekerja tetapi dalam masa yang sama, abah tersadai kat tepi jalan disebabkan satu-satunya kereta yang dia ada ini rosak. Kami sebagai anak-anak yang sepatutnya ada untuk menolong dia dalam keadaan macam ini tak dapat membantu disebabkan masing-masing sedang bekerja.
Tetapi alhamdulillah dalam masa yang sama, kakak ada pada masa kereta itu rosak dan abah buat keputusan untuk tarik kereta ini balik menggunakan tali dan tali itu diikat kat kereta kakak.
Kakak share gambar abah dalam group WhatsApp keadaan abah masa itu. Ya Allah, rasa macam nak menangis bila tengok gambar abah time itu. Dalam keadaan panas terik, tarik kereta seorang-seorang. Dalam hati ini terdetik, “Mana tanggungjawab aku sebagai seorang anak?” Yang sepatutnya tolong dia keadaan dia memerlukan macam ini? Alhamdulillah kereta itu selamat ditarik sampai ke rumah dan kereta itu dibaiki oleh abang dan adik lelaki.
Sejak kejadian itu, kami semua sepakat untuk hadiahkan abah ‘kereta’ ini untuk kemudahan dia bergerak.
Kami 9 orang adik-beradik bukan dari orang yang senang, yang dah kahwin atau yang belum kahwin, masing-masing ada tanggungjawab sendiri dan kami sama-sama berfikir mencari jalan untuk memudahkan abah bergerak lepas ini.
Yeaayy! Semua sepakat nak carikan abah kereta.
Adik bagi pendapat alang-alang nak carikan kereta, biar lah baru. Sekurang-kurangnya dalam beberapa tahun, kita tak perlu risau kalau kereta itu nanti rosak dan timbul lah cadangan untuk beli kereta baru terus.
Semua bersetuju untuk membeli kereta baru ini dibeli secara ansuran. Ye lah, mana nak cari duit pulak nak bayar cash sedangkan kami adik-beradik semua pun beli kereta secara ansuran. Dan alhamdulillah semua bersetuju dengan cadangan untuk membayar kereta ini secara ansuran beramai-ramai selama 5 hinnga 9 tahun.
Kami 9 adik-beradik tak kisah untuk membayar ansuran ini selama bertahun-tahun dari dibandingkan dengan pengorbanan yang abah buat untuk membesarkan kami 9 adik-beradik dari lahir sampai lah kami besar dan menjadi orang yang berguna sampai ke hari ini. Alhamdulillah.
Ada jugak orang membawang, bercakap, “banyak duit adik-beradik kau yer belikan abah kereta baru?” Tapi hakikatnya kami ambik masa berbulan-bulan untuk kumpulkan duit deposit untuk keluarkan kereta ini.
Kami adik-beradik semua bekerja sama untuk menguruskan pengeluaran kereta ini. Adik yang seorang uruskan hal loan bank, yang seorang uruskan kutipan duit deposit (ambil masa 2 bulan untuk kutip deposit) dan yang lain pun siap-siap dibahagikan untuk uruskan yang lain.
Alhamdulillah niat kami adik beradik semua baik. Allah permudahkan urusan proses loan bank ini dan kereta ni dapat dikeluarkan dengan cepat.
Nak tahu tak apa perasaan abah bila kami suprise kan kereta ni? Hahahhaha comel je tengok abah ini. Asyik cakap yang ini, “MIMPI KE?” “BETUL KE?” sebab abah tak percaya langsung yang dia dapat kereta itu sampai kan adik siap suruh abah tekan lock pintu itu.
Kalau lock terbuka, abah bukan ‘MIMPI’ tau. Emak yang berdiri kat sebelah abah, menangis-nangis sebab mak pun tak sangka yang anak-anak dia boleh hadiahkan kereta ini untuk abah.
Bila dah nampak emak menangis, apa lagi yang anak-anak lain pun tenteramkan emak sambil peluk cium emak. Ya Allah, masa itu perasaan ini hanya Allah je yang tahu. Terima kasih Ya Allah. Berikan kami kebahagian yang tak terhingga macam ini walaupun kami tak kaya duit, tapi alhamdulillah kami kaya ‘KEBAHAGIAN’.
Allah sebaik-baik perancang. Apa yang telah emak abah kehilangan sebelum ini (rumah abah hangus terbakar pada hari raya ke-2 hari itu), sekarang Allah gantikan dengan yang lebih baik.
Alhamdulillah. Terima kasih abang-abang, kakak dan adik-adik semua atas rezeki yang kita ada dan kita kongsikan bersama untuk kita berikan kepada emak abah kita. Alhamdulillah.
Kunci utama ke syurga itu ialah mendapat reda Ilahi dan untuk mendapat reda Ilahi, ia bergantung kepada reda ibu bapa. 🙂
Sumber:Seismik
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply