Umur Baru 9 tahun ‘pecah tabung’ Sumbang Van J3nazah. “Nak tolong orang sus4h, tak suka tengok orang sus4h.”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Umur Baru 9 tahun ‘pecah tabung’ Sumbang Van J3nazah. “Nak tolong orang sus4h, tak suka tengok orang sus4h.”

Kecil-kecil dan cari saham akhirat, kecil-kecil dah buat buat amal, kerja murni, kita yang bekerjaya dan besar ni bila lagikan??

“Nak tolong orang susah, tak suka tengok orang susah.” Iitu kata Muhammad Afizal Nor Afizan, seorang penyumbang cilik dari Petaling Jaya.

Baru berusia sembilan tahun, Muhammad Afizal yang mesra dipanggil ‘Afi’ bukan kanak-kanak biasa. Kelmarin, beliau menyampaikan hasrat kepada bapanya yang juga ahli perniagaan Nor Afizan Ayub, 35, untuk turut sama menyumbang, membeli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Starex untuk dijadikan van jen4zah wakaf Amal Valley.

Untuk itu, Afi telah memecahkan tabung simpanannya untuk membeli MPV yang akan diwakafkan sebagai van jenaz4h Amal Valley, yang juga badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat pengurusan jen4zah secara percuma.

“Saya nak ikut walid (ayah), nak buat apa yang walid buat.”

Kata Afi ketika ditemubual Bernama di Teratak Amal Valley di Bandar Baru Bangi dekat sini, sempena simbolik penyerahan kunci van jenaz4h wakaf itu, semalam. Sekali imbas, Afi kelihatan seperti anak-anak biasa tetapi ketika mendengar cerita bapanya, ternyata anak sulung daripada dua beradik itu amat istimewa.

“Pernah dia balik rumah tanpa baju, bila saya tanya mana baju, Afi jawab dia bagi pada orang yang dia tak kenal.”
“Dia memang tak boleh tengok orang sus4h, orang tak cukup makan.” Kata Nor Afizan yang mula mendedahkan anaknya (Afi) dengan kerja-kerja kebajikan (pengurusan jen4zah) sejak usia empat tahun.

Tidak seperti kanak-kanak lain, Afi juga tidak merasa t4kut untuk membantu bapanya yang juga penyumbang utama dan sukarelawan Amal Valley, untuk menguruskan jen4zah. “Kadang-kadang dia tunggu hingga malam, bantu saya uruskan jen4zah.” Kata Nor Afizan yang menyifatkan sikap anaknya itu berkemungkinan diwarisi daripada rutin keluarganya, termasuk arwah bapanya Ayub Ghani yang selalu membuat kerja kebajikan setiap hujung minggu.

Nor Afizan berkata Allahyarham bapanya meningg4l dunia dua minggu lalu selepas selesai solat Subuh. Sepanjang sesi temu bual dengan Afi, penulis merasa amat terkesan dengan perkongsian dan hasrat Afi untuk membantu golongan susah dan memerlukan.

Saat beliau bercerita tentang dua sahabat baiknya di sebuah sekolah di Kota Damansara yang dia cuma namakan sebagai Muiz dan Tawfiq, penulis dan bapanya mengalirkan air mata apabila melihat Afi sebak berkongsi tentang dua rakan karibnya itu.

“Muiz dia anak yatim, selalu tiada duit nak makan jadi saya belanja dia makan. Tawfiq samalah macam Muiz (orang susah),” Kata Afi yang kelihatan sebak.

Nor Afizan berkata beliau berkongsi cerita anaknya bukannya untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ingin membuktikan bahawa umur tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang itu membuat kebaikan.

Presiden Amal Valley Dr Azfar Hussin, yang menerima sumbangan van jen4zah bagi pihak Amal Valley berkata, van jenaz4h wakaf bernilai RM60,000 yang sebahagiannya hasil sumbangan Afi itu, merupakan van jen4zah ke-15 di bawah kendalian Amal Valley.

Beliau turut menyifatkan sumbangan itu sebagai istimewa, kerana penyumbangnya baru berusia sembilan tahun tetapi sudah mahu mengikuti jejak bapanya sebagai penyumbang dan sukarelawan, bagi membantu golongan memerlukan.

“Dia (Afi) bukan saja mendengar cerita ayahnya bekerja sebagai sukarelawan tetapi berada di dalam, melihat dan membantu, menguruskan jen4zah.Anak ini tak takut, seterusnya bila dia memberi dia pecah tabung sendiri itu yang kita nampak, elemen itu menyentuh hati kami sebagai sukarelawan.

Sebenarnya apa kita buat bukan untuk orang lain, tetapi kembali kepada kita sendiri,” Kata Dr Azfar. Sebelum mengakhiri sesi temubual dengan Afi, penulis bertanya apakah cita-cita beliau apabila dewasa kelak, Afi menjawab, ‘perdana menteri’.

Sumber: Bernama (Syed Azwan Syed Ali) Via majalah harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*