Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Balik Teluk Intan jadi petani, Pereka grafik wanita ini rela tinggalkan kehidupan kota. “Berbudi Kepada Tanah Takkan Rugi”
PENAT berhadapan senario kehidupan di kota raya membuatkan gadis ini membawa diri untuk pulang dan menetap di kampung halaman di Teluk Intan, Perak.
Biarpun memiliki kerjaya profesional sebagai pereka grafik dan penyunting foto, dia enggan menoleh kebelakang dan memulakan kehidupan baharu sebagai petani.
Nuraishah Shamsuddin, 27, mendedahkan segalanya bermula sekitar 7 bulan lalu.
“Saya dah penat duduk Kuala Lumpur hadap kesesakan lalu lintas. Kini saya balik kampung dan jalani kehidupan serba ringkas.
“Saya tinggal bersama emak dan Copot (kucing). Setiap hari saya ke kebun dari pagi hingga tengah hari.
“Saya cari pendapatan dengan berniaga sayur organik. Saya gembira dengan kehidupan sekarang,” ujarnya.
dia mengakui keadaan agak sukar memandangkan wujudnya kekeliruan mengenai status tanah yang mahu diusahakan.
Dia kemudiannya menjalankan proses membersihkan kawasan tersebut dan memulakan tanaman lebih 20 jenis sayuran.
“Mula-mula susah sikit lah sebab ianya tanah unknown. Saya cuma ada geran yang sah tapi tak tahu mana kedudukan tanah.
Lebih kurang 20 jenis. Sayur sentiasa tukar setiap kali harvest. Antaranya bayam, tomato, terung, bendi, sawi, salad dan daun sup.
“Tanah ni dari pemberian arwah ayah yng mana arwah sendiri tak tahu mana kedudukan sebenarnya.
“Lepas jumpa tanah saya terus terangkan kawasan, buat pagar dan terus mula buat batas. Sedikit demi sedikit buat batas sampai jadi macam sekarang.
“Lebih kurang 20 jenis. Sayur sentiasa tukar setiap kali harvest. Antaranya bayam, tomato, terung, bendi, sawi, salad dan daun sup,” ujarnya.
Antara hasil tanaman yang dituai Nuraishah.
Menurut Nuraishah lagi, berat badannya juga berkurang 18 kilogram (kg) sejak menjalankan aktiviti pertanian.
Selain mengubah rutin harian dan diet, dia mengakui transformasi hala tuju hidupnya itu menjadikan dia lebih sihat dan gembira.
Kata Nuraishah lagi, tiada apa yang perlu disesalkan kerana dia sebelum ini bekerja secara bebas (freelance) dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat.
“Pendapatan tak adalah banyak mana. Standard gaji orang kerja office sahaja. Tapi sekarang disebabkan duduk rumah keluarga dan tak banyak komitmen, tak adalah masalah sangat.
“Saya dulu freelancer. Bila-bila masa boleh berhenti. Tapi lepas habis Masters in Arts (MA), memang terus rasa nak balik kampung settle down,” ujarnya yang menetap di KL sejak 2013 lagi.
Dalam pada itu, posting Nuraishah di Twitter sehingga kini menerima hampir 30,000 ulang kicau (Retweet).
Nuraishah mengusahakan lebih 20 jenis sayur setakat ini.
Malah, ramai netizen meluahkan rasa kagum akan pendirian gadis itu meninggalkan kerjaya di kota untuk meneruskan kehidupan yang lebih tenang di kampung.
“Seronoknya dapat berkebun, tenang duduk kampung dapat hirup udara segar.
“Hi sis, saya yang belajar pertanian pun tak amalkan sepenuhnya macam ni. Haihh rasa rugi betul ilmu yang diperoleh masa belajar dulu.
“Berbudi kepada tanah takkan rugi. Tahniah, sebab akak dah jumpa ketenangan dalam keserdehanaan dan tak terikat dengan sistem. You’re so inspiring,” tulis beberapa netizen.
sumber;mstar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply