Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Budak 7 tahun ini cetus inspirasi buat semua, Kutip hasil lebih 30kg kangkung
Hobi bercucuk tanam adalah satu aktiviti yang bermanfaat dan sering kali dianggap sebagai terapi yang sihat buat kebanyakan individu.
Selain menyamankan persekitaran dan memberi ketenangan minda, ia turut dapat menjimatkan wang perbelanjaan sayuran dan buah-buahan bukan?
Namun jangan sangka hanya orang dewasa sahaja yang menggemari aktiviti bercucuk tanam sebegini. Ini kerana si cilik berusia 7 tahun ini juga gemarkan aktiviti yang sama.
Mulanya mahu mengisi masa lapang yang ada setahun yang lalu, Afiq kemudian begitu bersemangat dan rajin untuk terus menanam kangkung.
Difahamkan tanaman kangkung Afiq itu hanyalah sekitar RM10 sahaja dan dapatlah dia berkongsi hasil tanaman kangkungnya bersama jiran-jiran terdekat.
Menurutnya, kangkung yang ditanam hidup dengan subur kerana dia kerap memanfaatkan waktu dengan membaja dan menyiram kangkung yang ditanam di laman hadapan rumahnya.
“Cuaca panas menyebabkan saya perlu menyiram tujuh kali sehari bagi memastikan kangkung ditanam mampu membuahkan hasil memuaskan”.
“Sepanjang cuti kali ini, saya dan adik hanya duduk di rumah sahaja kerana bimbang penyakit COVID-19 masih belum berakhir dan masa yang ada banyak dihabiskan dengan berkebun”.
Tambahnya, dia menggunakan masa lapang dengan berkebun bagi menghilangkan rasa bosan. Malah hasilnya bukan sahaja boleh dimakan, bahkan dapat diagihkan kepada jiran tetangga.
Lebih kurang 30 kilogram kangkung ditanam oleh Afiq di hadapan rumahnya, dan ia dikutip serta dibersihkan sebelum Afiq berjalan untuk mengagihkan semua hasil tanaman terbabit ke rumah jirannya.
Jelas Afiq, dengan modal RM10, dia telah membeli benih kangkung dengan harga RM6 manakala selebihnya digunakan untuk membeli baja.
Apabila ditanya pemilihan kangkung sebagai tanaman yang ditanamnya, Afiq berkata bahawa tanaman itu dipilih kerana mudah ditanam, dijaga dan hanya disiram mengikut masa.
Ringkasnya, kangkung dapat ditanam menerusi 2 cara :
1 Keratan batang
Rendamkan sahaja keratan batang selama 2-3 hari hingga akarnya keluar lalu cucukkan sahaja ke tanah.
2 Biji benih
Sediakan campuran tanah yang sesuai. Buat lubang pada tanah (3-5 sentimeter) dalam dan semaikan biji benih. Satu lubang boleh diletakkan 2-3 biji benih kangkung.
sumber ;: English Epoch Times
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply