Nasib remaja ini berubah sekelip mata hanya selepas hargai tempahan sebungkus rempeyek, Dah 3 bulan bersabar bisnes tak laku

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Nasib remaja ini berubah sekelip mata hanya selepas hargai tempahan sebungkus rempeyek, Dah 3 bulan bersabar bisnes tak laku

DALAM kesibukan menimba ilmu, pelajar ini turut melakukan dua kerja demi mencari pendapatan sendiri.

Menurut Muhammad Iskandar Hassan Dar, 19, dia sudah enam bulan bekerja sebagai rider bagi syarikat penghantaran Lalamove.

Pada masa sama, pelajar tingkatan enam itu juga melakukan pernigaan rempeyek sejak tiga bulan lalu demi mencari wang sampingan untuk menyara kehidupan.

Mesra disapa Is, dia mengakui bidang perniagaan tidaklah semudah yang disangka, malah dia juga hampir berputus asa gara-gara jualan yang tidak mendapat sambutan.

“Saya tak suka minta duit dengan famili. Rasa segan nak susahkan mereka. Selain itu, saya juga teringin nak beli barang guna duit sendiri.

“Sejak enam bulan lalu, saya jadi rider Lalamove. Kemudian tiga bulan lepas saya jual rempeyek.

“Bila dah mula berniaga, saya perasan tiada orang beli walaupun dah banyak post di media sosial. Rasa macam nak berputus asa.

“Saya ada high expectation, tengok orang berniaga macam senang, bila bisnes sendiri tak menjadi, saya tertanya-tanya di mana silapnya? Susah sebenarnya,” ujarnya kepada mStar.

Is turut bekerja sebagai rider sejak enam bulan lepas.

Menurut Is, pada mulanya dia sekadar mengambil 10 paket rempeyek sebagai stok pertama dan ia berjaya dijual dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Tidak lama kemudian, Is berjaya menerima tempahan dalam talian buat pertama kali yang mana ia dianggap detik indah dalam perjalanannya sebagai peniaga.

Enggan melepaskan detik penuh berharga itu, Is turut berkongsi video dia membuat bungkusan untuk pelanggan dalam talian pertama sehingga meraih lebih setengah juta tontonan di TikTok.

“Sebenarnya itu kali pertama saya dapat order secara online. Sebelum ini hanya jual kepada keluarga dan kawan saja. Saya sangat teruja.

Warga TikTok sangat baik dan prihatin. Saya terharu ramai yang beri sokongan.
IS

“Perasaan bercampur baur. Jadi saya rakam video untuk simpan sebagai kenangan. Saya nak tonton balik bila dah berjaya suatu hari nanti. Pelanggan itu dari Perlis dan dia order satu rempeyek saja,” ujar Is yang menetap di Ampang, Selangor.

Penangan video tular itu, Is kemudiannya dihujani banyak tempahan sehingga tak menang tangan melayan pelanggan baharu.

Menurut Is, dia tak berniat meraih simpati, namun menganggap kejadian itu sebagai rezeki yang tak disangka-sangka buat dirinya.

“Memang ramai gila. Saya tak jangka ia viral. Ramai orang chat, masa hari pertama saya dapat 60 order. Kemudian ia makin meningkat.

“Warga TikTok sangat baik dan prihatin. Saya terharu ramai yang beri sokongan. Ada seorang pelanggan beli sampai 30 pax sebab nak sokong saya.

“Sejujurnya saya tak minta orang tengok pun video itu, tapi saya bersyukur sangat dapat pelanggan baharu dari TikTok. Yang penting jangan putus asa,” ujarnya.

Dedah Is, dia memasang impian untuk membeli sebuah kamera demi mengejar minat dalam bidang fotografi dengan duit hasil berniaga tidak lama lagi.

Malah, pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) itu juga merancang untuk membeli kereta dan membawa keluarganya ke Makkah suatu hari nanti.

Akhir bicara, Is turut menitipkan pesan kepada mana-mana peniaga baharu di luar sana agar terus cekal dan tidak cepat patah semangat dalam mengejar impian masing- masing.

sumber ;mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*