Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Takziah Kpda Keluarga Dina Nadzir Atas Kehilangn Insan Tersyg, “Dia hmbus nafas trakhir pkul 8.10 pagi, Ahad..”
BAPA kepada penyanyi Dina Nadzir iaitu Mohd Nadzir Gulam Kadir, 64, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi, Ahad. Allahyarham meninggal dunia akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey.Mickey memaklumkan, arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah paru-paru.
“Arwah memang ada penyakit kanser. Baru-baru ini dia mengalami kegagalan paru-paru dan dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu,” katanya.Mickey turut memberitahu Dina bersama ahli keluarga lain berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.Sementara itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Impian Emas, Johor Bahru sebelum solat Asar pada Ahad.
Susulan berita sedih itu, Dina yang merupakan salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) tidak akan membuat persembahan ada minggu keenam.”Semestinya Dina tidak akan membuat persembahan malam ini. Dia sempat melakukan sound check pada Sabtu sebelum kami memaklumkan keadaan bapanya yang semakin kritikal.
“Dina pulang ke Johor sejurus menerima berita berkenaan,” katanya.Pada minggu ini, Dina sepatutnya menyampaikan lagu berjudul Januari nyanyian asal Glen Fredly. terdahulu, Bila tiba giliran saya di GV, mereka pula sudah tiada – Dina Nadzir
Bakal menyanyikan lagu Allaharyam Siti Sarah yang juga sahabat baiknya, penyanyi, Dina Nadzir gementar sekiranya tidak mampu menyembunyikan kesedihan dan kerinduan terhadap rakannya itu ketika beraksi di pentas Gegar Vaganza (GV), Ahad ini.“Perjuangan muzik kami sama. Malah, perjalanan seni kami juga hampir sama kerana dia pernah melalui cabaran di pentas GV. Sama juga dengan Allahyarham Adibah Noor.
“Tetapi, apabila tiba giliran saya beraksi di GV, mereka sudah tiada. Apabila saya naik atas pentas pada minggu pertama, wajah mereka bermain di fikiran,” katanya sebak.Dina yang menyanyikan lagu Cinta Datang Lagi pada konsert pembukaan GV9, Ahad lalu meraih tempat keempat dengan markah 83.80.
Penyanyi yang juga penyampai radio itu bakal menyanyikan lagu Ku Teruskan, nyanyian asal Siti Sarah pada konsert minggu ini yang bertemakan, Malar Segar Mekar Membara.Bercakap soal persediaan, Dina terharu apabila menerima komen positif daripada pihak juri dan berjanji akan memberikan persembahan lebih baik serta matang pada minggu akan datang.
“Mungkin dulu ketika menyertai Malaysia Idol, saya main-main. Maklumlah, saya masih budak lagi kerana ketika itu, baru 17 tahun. Tetapi, sekarang saya sudah faham betapa seriusnya pentas GV ini. Saingan juga terlampau hebat.“Saya tidak sangka, keikhlasan dalam nyanyian itu sampai. Saya selalu ingatkan diri untuk ikhlas dalam melakukan apa-apa dalam hidup. Apabila juri memberikan komen positif, saya rasa seperti mahu pengsan di atas pentas,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply