Suka Makan Tempoyak? Hati-Hati… Bekas Tempoyak Keluarga Ini Meletup, Sampai Kena Siling Rumah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Suka Makan Tempoyak? Hati-Hati… Bekas Tempoyak Keluarga Ini Meletup, Sampai Kena Siling Rumah

Gara-gara menyimpan tempoyak dalam kuantiti yang banyak, balang yang digunakan itu meletup sehingga terkena siling rumah!
Menerusi satu tweet yang tular di media sosial, seorang pengguna berkongsi beberapa keping foto insiden tersebut yang boleh dikatakan jarang-jarang berlaku.

Menurut pengguna Twitter tersebut, kejadian itu berlaku di Terengganu dan ia terjadi apabila gas terkumpul yang semulajadi berada di dalam isi durian tersebut terlepas kerana balang tersebut tertutup rapat.

Malah, pengguna tersebut menyarankan agar peminat tempoyak semua untuk berhati-hati apabila menyimpan isi durian yang segar untuk dijadikan tempoyak.
“Silalah jangan tutup rapat penutup bekas tu, kasi release gas lepas gaul garam untuk simpan especially yg fresh dari durian tu.
“Doakan agar pemilik rumah dipermudahkan urusan mereka”, tulisnya menerusi rantaian tweet.
Rata-rata netizen terkejut dengan hasil letusan tersebut kerana tidak menyangka kesannya sampai ke siling rumah.

Habis ahhh semerbak bau poyok seminggu x hileyyy hahahah

Malah, ada yang turut menasihati netizen lain untuk tidak menutup rapat balang tempoyak atau isi hanya setengah bekas sahaja untuk memberi ruang pada gas tersebut keluar.
Tweet pengguna tersebut sehingga kini telah mencecah hampir 5,000 ulang kicau dan lebih 3,000 likes.

sumber;twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*