Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
(video) Beg Dah Lusu Dan Usang, Cikgu Hadiahkan Beg Baru Kepada Pelajar Buat Ramai Terharu
Guru sering diibaratkan sebagai ibu bapa kedua kepada pelajar kerana jasanya dalam mendidik supaya menjadi insan yang dapat memberikan manfaat kepada agama, bangsa, negara dan keluarga yang tercinta.
Menjadi seorang guru dan mendidik bukan seorang tapi ramai individu yang bergelar pelajar bukanlah satu hal yang mudah. Terdapat banyak aspek yang perlu diambil berat dan dijaga termasuk keperluan dan kebajikan semua murid di sekolah.
Berpijak di atas bumi yang nyata, kita semua sedar yang tidak semua manusia memiliki nasib yang sama. Ada yang hidup serba-serbi keperluan lengkap dan jika ada yang rosak boleh tukar dengan hanya satu petikan jari.
Selain itu, ada juga yang memerlukan masa untuk memiliki peralatan baru dan tidak lupa juga kepada mereka yang hanya menggunakan peralatan serta keperluan belajar yang sama sehingga tamat sekolah.
Guru mana yang sanggup melihat anak murid mereka berada dalam situasi serba kekurangan. Meneroka perkongsian dari salah seorang rakan Facebook, Jebat Arrasie Jebat, tindakan seorang guru menghadiahkan sebuah beg galas kepada salah seorang muridnya telah menyentuh hati ramai pihak.
“Sopan budak ni, mulut tak putus-putus ucap terima kasi kepada cikgunya. Semoga cikgu dimurahkan rezeki, adik ni pula terus bersemangat untuk terus belajar dan menimba ilmu,” tulisnya di ruang kapsyen.
Difahamkan, guru ini menghadiahkan beg galas kepada anak muridnya setelah melihat beg yang dibawa olehnya telah lusuh dan us4ng.
lihat video
Sumber: Jebat Arssaie Jebat (Facebook) via siakapkeli
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply