
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
(video) “Terima kasih pakcik selalu jagakan ayah..” Setiap Hari Sahabat Pimpin Ayah Pergi Ke Masjid Buat Netizen Tersentuh
Kebiasaan yang kita dengar ‘bercinta biar sampai syurga’ ini melibatkan pasangan suami isteri. Namun, amat jarang dipraktikkan bersama rakan kenalan. Bukan senang untuk menjumpai figura sahabat sebegini, kekal tua bersama-sama dan ikhlas mengajak sama ke jalan kebaikan yang bakal memberikan ganjaran syurga.
Sebagaimana baru-baru ini, telah viral sebuah video menyaksikan gelagat dua orang warga emas lelaki berjalan kaki sambil berpimpin tangan ke masjid telah menyentuh hati ramai apabila salah seorang dari mereka mempunyai masalah penglihatan.
“MATA AYAH TAK BERAPA NAK NAMPAK…”
Video itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, @_4clover_ yang juga merupakan anak kepada warga emas yang mempunyai masalah penglihatan itu.
Gadis itu amat berterima kasih kepada sahabat bapanya kerana sering membantu dan menemani warga emas tersebut ke masjid setiap kali masuk waktu solat.
“Terima kasih pakcik selalu jagakan ayah di masjid semoga syurga buatmu,” ujarnya di ruangan kapsyen.
SUDAH BERPULUH TAHUN HUBUNGAN PERSAHABATAN MEREKA TERJALIN
Menurutnya di dalam video itu, bapanya mempunyai masalah penglihatan di mana, keadaan mata sudah tidak berapa jelas. Oleh sebab kekurangan itu, sahabat bapanya akan datang dan menunggu di halaman rumah untuk berpimpin tangan bersama dan menuju ke masjid.
“Ayah dah tak nampak tapi sahabat ayah hari-hari datang tolong bawakan ke masjid,” katanya.
Ujarnya lagi di ruangan komen, hubungan persahabatan di antara dua sahabat itu sudah berpuluh tahun lamanya terjalin. Semoga akan berjumpa di syurga.
NETIZEN SANGAT TERHARU MELIHAT HUBUNGAN DUA SAHABAT INI!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut sama berasa terharu dengan persahabatan dua warga emas tersebut.
Mereka juga mengakui bukan senang mendapatkan seorang sahabat yang setia seperti yang ditunjukkan oleh pak cik tersebut kerana sanggup menunggu serta memimpin sahabatnya untuk sama-sama beribadah di masjid.
Sementara itu, orang ramai juga mendoakan agar kedua-dua mereka terus dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik.
“Moga mereka berjumpa disyurga nanti, sahabat dunia akhirat, susah nak jumpa,” kata Jiminah.
Perkongsian video itu, turut berjaya mencuri perhatian selebriti terkenal iaitu Fazura. “MasyaAllah, semoga kita juga dikurniakan sahabat begini. Amin,” katanya.
Sumber: Tiktok @_4clover_ via siraplimau
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply