Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
(video) Untung Hanya RM0.50, Nenek Tua Duduk Berniaga Tepi Tangga Undang Sebak Netizen
Sayu..sebak..simpati.. Itulah yang dirasakan ketika melihat video seorang warga emas yang sudah begitu uzur yang masih keluar mencari rezeki untuk menyara hidupnya.
Kisah nenek yang divideokan di channel youtube Vitaminbae mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga video tersebut akhirnya tular.
Kisahnya begini. Nenek yang mesra dipanggil Nenek Pariam ini sudah berumur 82 tahun. Dia tinggal sendirian di rumahnya. Dahulu, nenek Pariam dijaga oleh anak angkatnya namun menurut nenek, anak angkatnya telah meninggaI dunia beberapa bulan lepas. Kini nenek kembali sendirian.
Menurut nenek, dia mempunyai anak kandung namun sehingga kini belum dapat dihubungi dan dia hanya tahu bahawa anaknya berada di Ind0nesia.
Badan nenek sudah tidak diboleh ditegakkan dan dia terpaks4 berjalan dengan dibantu tongkat. Nenek Pariam akan keluar seawal jam 8 pagi untuk mencari rezeki bersama seorang lagi sahabatnya.
Ketika ditemui oleh Vitaminbae pada hari itu, nenek sedang duduk di tepi tangga sebuah hotel bersama barang jualannya. Sebak melihat keadaan nenek yang sudah begitu uzur namun masih gigih keluar untuk mencari rezeki.
Nenek menjual kerepek, rempeyek dan kuih sepit…
Menurut nenek, walaupun kudratnya sudah tidak berapa kuat, dia lebih suka berjalan-jalan dan keluar mencari rezeki berbanding hanya duduk di rumah kerana badannya akan s4kit-sakit, kakinya juga akan bengk4k.
Bercerita lebih lanjut, nenek berkata ramai pelanggan yang selalu bersedekah kepadanya. Alhamdulillah jualannya juga sentiasa laris setiap hari.
Namun apa yang menyebakkan, untung jualan nenek untuk seplastik keropok hanya RM 0.50 sahaja. Walau untungnya tidaklah banyak, nenek tetap gembira kerana dapat mencari rezeki yang halal buat dirinya.
Bercerita mengenai pengalamannya mencari rezeki, nenek juga tidak lepas daripada ujian. Nenek pernah dipu’kau oleh seorang wanita dan pendapatannya telah dicuri oleh individu tersebut. Allahu!
Sampainya hati menc’uri daripada seorang wanita tua yang sudah tidak berdaya..
Nenek sangat gembira apabila jualannya diborong semua oleh Vitaminbae pada hari itu. Senyuman kesyukuran jelas terukir di wajahnya.
“Alhamdulillah, bolehlah nenek balik awal..”, katanya. Dapatlah nenek balik awal juga bersiap awal untuk solat berjemaah di masjid pada hari itu.
‘Apa Yang kamu makan akan habis, namun apa Yang kamu sedekahkan akan kekal..’
Terketar-ketar tangan nenek mengemas jualannya. Sebak sungguh melihatnya. Perlahan-lahan dia berdiri, terbongkok-bongkok membawa bakul jualannya beredar daripada tempat tersebut..
Melihat kegigihan nenek yang sudah lanjut usia ni mencari rezeki halal sangat mer0bek hati sesiapa yang melihatnya. Semoga nenek Pariam sentiasa dalam jagaan Allah dan disatukan kembali dengan anak kandungnya kelak.
Sumber : Vitaminbae via harmagidun
Leave a Reply