(Video)Anak dah lama tiada, isteri tabah tengok suami yang hilang ingatan masih tercari-cari dalam bilik. Dia akan buka semua bilik sambil memanggil anaknya dan akhirnya menangis.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

(Video)Anak dah lam̷a tiada, isteri tabah tengok suam̷i yang hilang ingatan m̷asih tercari-cari dalam̷ bilik. Dia akan buka sem̷ua bilik sam̷bil m̷em̷anggil anaknya dan akhirnya m̷enangis.

PEMERGIAN seorang anak masih lagi dirasai ahli keluarga meskipun sudah beberapa tahun arwah menghadap Ilahi.

Bagaimanapun, si bapa tidak menunjukkan sebarang emosi dan hanya kelihatan tercengang ketika duduk menghadap pusara anaknya.

“Daddy datang melawat kubur anak kecilnya, tapi dia lupa anaknya dah tak ada,” menurut keterangan video yang menunjukkan lelaki berkenaan sedang membersihkan pusara anaknya.

Berkongsi cerita kepada mStar, isterinya, Zainab Zainun berkata, video tersebut dirakamkan ketika menziarahi pusara anak mereka, Allahyarham Adib Afdhal Zulhayani di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Wanita berusia 44 tahun itu memberitahu, anaknya meninggal dunia pada 30 Januari 2019 ketika usianya 11 tahun kerana kegagalan organ dalaman.

“Sudah lebih tiga tahun dia meninggal. Sebenarnya kami dah boleh move on cuma suami jadi macam tu sebab dia tak ingat… sebab itulah dia asyik cari dan panggil anak-anaknya.

“Suami mengalami masalah ingatan selepas koma akibat komplikasi pembedahan,” katanya kepada mStar.

Anak bongsu Zainab meninggal dunia pada 2019 kerana kegagalan organ dalaman.

Walau sering merakamkan aksi dan gelagat suaminya, namun kata Zainab, ia bukan dibuat sekadar suka-suka untuk perkongsian di laman sosial.

“Saya kongsi untuk suami tengok balik selepas dia sihat dan ingat nanti. Perjalanan dia dari sakit hingga sihat,” ujarnya yang berasal dari Kampung Ulu Bendul di Kuala Pilah.

Zainab (kanan) bersama arwah anak.

Menurut Zainab, suaminya yang berusia 46 tahun itu kembali sakit pada Mei lalu dan tidak bekerja kerana hilang ingatan.

“Ada tiga yang major effected selepas kes ini. Jadi, memang tak boleh tinggalkan suami seorang diri, kena guide dia macam budak-budak.

“Ibu bapa saya akan jaga suami semasa saya keluar bekerja. Setakat ini, fizikal dia semakin stabil cuma ingatan ambil masa untuk pulih

“Sekarang saya seorang yang bekerja, memang agak perit juga dengan semua komitmen dan tanggungan anak-anak,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Kenangan… Zainab (dua, kanan) bersama suami dan anak-anak.

Zainab yang mencari rezeki dalam bidang khidmat pelanggan berkata, suaminya sering memaklumkan tidak mengetahui mengenai anak bongsu mereka sudah meninggal dunia.

“Suami kata tiada siapa yang beritahu dia. Tapi setiap malam sebelum tidur, suami akan sedekah Al-Fatihah kepada arwah.

“Itu adalah rutin dia sejak arwah tiada. Kadang-kadang dia ingat, kadang-kadang dia lupa sebab apabila kami berdua, saya tanya sama ada dia tahu ke Adib dah tak ada, dia kata tahu.

“Tapi apabila sampai waktu dia tak ingat, dia akan cari dan panggil. Dia akan buka semua bilik dan cari selepas tu menangis,” katanya dengan nada sebak, sambil menambah suaminya sebelum ini melakukan pelbagai kerja serta berniaga.

Zainab (kiri) bersama suami.

Reda dengan ketentuan Ilahi, Zainab menyifatkan apa jua yang berlaku tanpa mengira susah atau senang terutama ketika sakit, dia seharusnya sentiasa bersama suami dan keluarga.

“Kita kena banyak sabar dan berdoa kerana tiada siapa boleh dengar setiap luahan dan berikan setiap permintaan kita. Hanya padaNya kita berserah dan berharap.

“Sentiasa bersangka baik kerana Tuhan itu sebaik-baik perancang. Saya berharap semoga ingatan suami kembali seperti sediakala dan kami boleh melalui kehidupan normal,” katanya.

Sumber Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*