Graduan kini jadi tauke terung berjaya- REZEKI tidak mengira darjat…

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Graduan kini jadi tauke terung berjaya- REZEKI tidak mengira darjat…

Nur Aisyah Zulkifli menunjukkan buah terung di tanam di tanah terbiar di Kampung Bukit Temiang Seremban. NSTP/M0HD AMIN JALIL (gambar atas)

Tidak mahu menyerah kalah atau berserah pada takdir apabila se0rang graduan sanggup mengusahakan tanah terbiar menjadi ladang sayur-sayuran.

Ternyata usaha, Nur Aisyah Zulkifli, 25, memanfaatkan kawasan tanah terbiar berhampiran kediamannya sejak setahun lalu berbal0i apabila dia memperolehi pulangan hasil memuaskan.

Projek tanaman dua jenis terung, bayam brazil dan pisang itu dimulakan sejak awal tahun lalu di kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar di Kampung Bukit Temiang, di sini.

Nur Aisyah berkata, minatnya dalam bidang pertanian itu mula berputik hasil dorongan dan galakan daripada bapanya, Zulkifli Alimudin, 55, yang terbabit dalam bidang pertanian sejak 3o tahun lalu.

“Minat dalam bidang pertanian bermula sebaik menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu.

“Bagi memastikan masa lapang dapat digunakan dengan baik dan bermanfaat, saya memberanikan diri terbabit dalam pertanian dengan mengusahakan tanah terbiar melalui pr0jek tanaman terung panjang dan terung bulat serta bayam brazil dan pisang berangan.

“Walaupun pada mulanya agak ragu-ragu tetapi selepas lebih setahun melaksanakannya, pr0jek ini ternyata memberikan pulangan yang baik apabila sayuran dan buah-buahan mengeluarkan hasil yang memuaskan,” katanya.

Pemegang Ijazah Mikrobiologi dari UPM itu berkata, hasil tanaman itu dipasarkan melalui peniaga di Pasar Besar Seremban dan kalangan penduduk sekitar.

Menurutnya, terung dibekalkan pada harga antara RM4 dan RM5 sekilogram (kg) manakala bayam brazil sekitar RM12 kg dan pisang RM3.5o kg.

“Alhamdulillah, pengeluaran terung sahaja b0leh mencecah sehingga 700 ke 800 kg sebulan dan setakat ini produk yang dikeluarkan tidak menghadapi mas*alah dari segi pasaran kerana tanaman ini menggunakan baja organik serta mendapat sambutan baik daripada pengguna,” katanya.

Nur Aisyah berkata, pr0jek yang dilakukannya itu mendapat perhatian kerajaan negeri apabila dia diberikan bantuan geran sebanyak RM10,000 pada 0gos tahun lalu menerusi program Insentif Siswazah Tani Negeri Sembilan (InsisT9).

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, pihaknya juga turut mengadakan latihan dan bimbingan kepada peserta baharu yang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian.

“Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Sembilan dan setakat ini lebih daripada 100 peserta telah mengikuti program ini,”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*