Kerana Tangan Seorang Ibu Berhati Mulia, 500 Perut Terisi Setiap Pagi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kerana Tangan Seorang Ibu Berhati Mulia, 500 Perut Terisi Setiap Pagi

Murni niatnya, mulia khidmatnya. Itu frasa yang sesuai diberi kepada seorang wanita yang menghulur khidmat bakti selama 2 tahun buat masyarakat yang memerlukan tanpa upah atau imbalan harta dunia.

Seawal jam 4 pagi dan ketika kebanyakan penduduk sedang lena diulit mimpi, pengasas D’Dapor Al-Hafiz, Hafizah Mohamed Yatim, 51, ibu kepada 3 anak itu sudah memerah keringat bagi menyediakan sarapan percuma kepada lebih 500 pelajar sekolah dan anak asnaf.

Rutin harian itu dilakukan Hafizah atau lebih mesra disapa ‘ibu’ sejak 2 tahun lalu di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Kuala Lumpur apabila melihat ramai ibu bapa yang majoritinya daripada kumpulan B40 terkesan akibat pan.demik Cvd, malah ada yang kehilangan punca pendapatan.

Hidangan Semasa Ramadhan Bertukar Menjadi Sarapan Buat Pelajar Sekolah, Asnaf

“Pada mulanya, ibu masak secara gotong-royong untuk dihidangkan kepada anak-anak yatim ketika Ramadhan, lepas itu pemberian makanan diteruskan kepada lebih 1,000 orang ketika pan.demik Cvd.

“Apabila keadaan kembali normal, ibu tukar bagi sarapan kepada pelajar sekolah dan anak asnaf. Matlamatnya supaya mereka dapat ke sekolah, kerana jika kelaparan mereka tidak akan ke sekolah dan ini boleh menjejaskan pelajaran,” katanya.

Hafizah yang juga panel pengurusan jena.zah h0spital Shah Alam bagi kes kr1tikal berkata bekalan sarapan percuma itu dikhususkan kepada pelajar dan anak asnaf daripada keluarga B40 di PPR berkenaan.

“Ibu akan mula masak sendiri sekitar jam 4 pagi dan kemudiannya berehat sebentar untuk menunaikan solat Subuh di masjid Ara Damansara yang hanya beberapa meter dari premis D’Dapor Al-Hafiz.

Edar Sarapan, Beri RM 2 Kepada Anak Asnaf Setiap Pagi

“Selepas selesai, dengan bantuan 2 sukarelawan, sarapan mula diagihkan kepada pelajar dan anak asnaf sehingga jam 7.30 pagi. Bahkan anak asnaf yang telah dikenal pasti oleh ahli qariah juga akan diberikan wang saku RM2 seorang ke sekolah,” kata Hafizah yang berasal dari Selama, Perak.

Antara menu yang disediakan oleh ‘Ibu’ itu yang juga bekas tukang masak sekolah ialah mi goreng, nasi goreng, nasi lemak dan kuetiau goreng dan hidangan yang disediakan itu lengkap dengan telur dan lauk-pauk seperti udang dan ayam.

Tiada Kutipan Derma, Hanya Infaq Dari Dermawan

Hafizah yang telah terlibat dengan aktiviti kebajikan sejak 1998 berkata, setiap hari lebih RM500 dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan memasak dan semuanya itu disumbangkan oleh seorang individu yang tidak mahu dikenali.

“Tiada kutipan derma daripada orang ramai, hanya infaq daripada seorang dermawan untuk semua urusan perbelanjaan D’Dapor Al-Hafiz dari hari Selasa hingga Jumaat, hari Isnin adalah sumbangan daripada orang ramai.

“Saya juga tidak mengambil upah kerana apa yang saya buat kerana ikhlas ingin bantu orang. Dulu pun saya sekeluarga pernah hidup susah sampaikan rumah kena lelong, suami sa.kit jadi saya tahu pende.ritaan orang yang hidupnya kais pagi kais petang,” katanya yang telah kem4tian suami tahun lepas akibat k0mplikasi pelbagai peny4kit.

Tidak semua orang terpilih melakukan khidmat sebegini, tidak semua juga mampu melakukan apa yang dilakukan oleh Ibu ini. Semoga keberkatan melimpahi hidup Ibu dan para dermawan.

Sumber : Hmetro via harmagidun

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*