Se0rang ayah tid4k sanggvp tuntut jen4zah an4knya yg baru men1ngg4l. Tak sangka ini seb4b seb3nar…

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Se0rang ayah tid4k sanggvp tuntut jen4zah an4knya yg baru men1ngg4l. Tak sangka ini seb4b seb3nar…

LUMUT – “Ayah terlalu sedih dan terkejut sebaik mendapat tahu kemat1an abang sehingga tidak sanggup datang ke sini menuntut jen4zahnya,” kata Norlia Hamski, 29, ketika menuntut mayat Abdul Rajim di Hospital Seri Manjung semalam.

Seorang lagi rakan mereka yang berusia 34 tahun patah kaki kanan dan dirawat di Hospital Seri Manjung.

Menurut Norlia, beliau dan Abdul Rajim adalah dua beradik berlainan ibu, namun bapa mereka, Hamski Misuari, 58, amat menyayangi kedua-dua mereka kerana itulah warisnya yang ada.

Arwah seorang yang baik dan rajin bekerja, setiap kali datang ke ibu negara, pasti menginap di rumah saya di Selayang.

“Sudah lebih setahun saya tidak berhubung dengannya kerana masing-masing sibuk bekerja sehinggalah mendapat tahu berita sedih ini dan saya bergegas datang ke sini,” katanya.

Jen4zah Maiyden dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Fasa 3C, Seri Manjung, di sini.

Sementara itu, sahabat karib Abdul Rajim, Arbi Mat Salleh, 42, yang terkejut dengan kejadian itu bergegas bergerak dari ibu negara kelmarin ke Pahang bagi mengambil isterinya, Asliza Hasim, 39, sebelum datang ke sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada sahabat mereka.

“Saya mengenali Abdul Rajim ketika sama-sama bekerja di Kuala Lumpur dan arwah baru datang ke Seri Manjung kira-kira tiga bulan lalu untuk bekerja.

“Arwah seorang yang sangat baik, ringan tulang dan sentiasa sedia membantu kawan-kawan jika diperlukan,” terang beliau.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, insiden dua lelaki mavt akibat dihempap kren gantri dalam kejadian di Kawasan Perusahaan Kampung Acheh, Sitiawan kelmarin tiada kaitan dengan unsur jen4yah.

Beliau berkata, kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pemotongan kren di tempat pelupusan jentera tersebut.

Katanya, seorang saksi mendakwa, bahagian atas hujung kren telah terbalik dan jatuh menghempap kedua-dua mangsa.

“Kedua-dua mangsa berusia 29 dan 33 tahun yang berasal dari Sabah cedera parah dan mavt di tempat kejadian.

“Ketika kejadian, terdapat empat pekerja termasuk kedua-dua mangsa. Seorang rakan sekerja mereka berusia 34 tahun juga dari Sabah patah kaki kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, manakala seorang lagi berusia 34 tahun terselamat,”

Sumber Kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*