Terk3jut anak sulvng 12tahun mula berh1jab, Re4ksi Nana Mahazan buat ramai t3rsentvh

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Terk3jut anak sulvng 12tahun mula berh1jab, Re4ksi Nana Mahazan buat ramai t3rsentvh

Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan terkejut apabila anak sulungnya Althea Raqeem Brian menyatakan hasrat untuk mengenakan hijab. Menurut laporan Harian Metro, dia tidak mengambil serius tentang keinginan Althea sebelum ini, tetapi bersyukur anaknya yang berusia 12 tahun itu sudah empat bulan memakai tudung.

“Dia membuat keputusan itu tanpa sebarang paksaan. Pada awalnya dia bertanya kepada saya adakah setiap wanita perlu memakai tudung selepas datang haid. “Saya pun menjawab pertanyaannya itu dan memberitahu pemakaian tudung ini adalah wajib bagi wanita untuk menutup aurat. Tapi saya maklumkan padanya yang saya pun mula pakai tudung sejak tahun lalu.

“Ketika saya belum bertudung, dia tidak pernah bertanya mengenai perkara ini. Tapi mungkin selepas melihat saya sudah mula bertudung… “…dan rakan-rakan sekolahnya pun sama membuatkan banyak persoalan bermain dalam fikirannya,” kata pengacara berusia 39 tahun itu.

Nana yang juga seorang usahawan berkata, dia gembira dan teruja dengan tindakan dilakukan puteri kesayangan dan berharap Althea kekal istiqamah.

“Mestilah saya seronok apabila anak nak buat perkara baik. Bayangkan saya beli 14 helai tudung apabila dapat tahu dia nak bertudung. “Malah saya juga sanggup keluarkan tudung edisi khas sempena nama anak saya kerana dia minat warna-warna yang lebih selamat untuk kegunaan harianya.

“Apapun keputusannya saya nak dia tahu yang saya sentiasa menyokong dan sanggup buat apa saja. Saya juga bersyukur… “…apabila menerima mesej positif daripada peminat mengenai perubahan anak saya ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Nana berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Althea serta Aaqib yang kini berusia 10 tahun. Susulan itu, Penyanyi dan juga pengacara, Nana Mahazan dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Nana sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami, Mohammad Raqeem Brian Abdullah.

Ketika menjawab pertanyaan pengikutnya tentang imej berhijab, bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu berkata dia sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkara perubahan yang sedang dijalani kini.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya (penampilan bertudung). Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya. “Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya,” katanya.

Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia percaya sesuatu perubahan tidak akan terjadi sebelum tiba masanya. “Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi, sejujurnya sebagai manusia biasa perubahan perlukan masa dan inilah harinya.

“Sekali lagi, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan terima saya seadanya. Apapun, saya masih Nana yang dulu dan insya-Allah saya akan buat yang lebih baik lagi,” kata pemilik nama lengkap Nurul Hana Che Mahazan itu. Suaminya, Brian ketika mencelah berkata, dia tidak pernah mendesak isterinya ke arah ‘berhijrah’ dan lebih selesa memberi ruang kepada Nana untuk bersedia jika sudah tiba masanya.

“Bagi saya, asalkan Nana sendiri dah bersedia nak memakai tudung, saya okey saja untuk terus memberi sokongan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah pun memakai tudung dengan rela hati,” katanya. Sejak beberapa hari lalu, beberapa artis wanita mengambil keputusan untuk tampil dengan imej berhijab antaranya pelakon Izara Aishah, Siti Elizad, Vicha Saywho, Betty Rahmad dan penyanyi, Fieya Julia. -K! ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*