Penghijrahan Aliff Aziz ,”walaupun kita cuba jadi yang terbaik pasti ada yang akan tak suka”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Penghijrahan Aliff Aziz ,”walaupun kita cuba jadi yang terbaik pasti ada yang akan tak suka”

PETALING JAYA – Pernah terpalit pelbagai kontroversi dan terl3ka dengan nikmat dunia, pelakon Aliff Aziz tidak menyangka masih berpeluang untuk mengubah haluan ke jalan Allah pada usia 30-an. Jelasnya, dia sendiri tidak perasan sama ada pernah membuat kebaikan dalam hidup sehingga urusan penghijrahannya seakan-akan terbuka luas.

“Yakin bahawa semua perkara hanya dengan kehendak Allah. Saya tiada kelebihan, saya hanya hamba lemah yang mahu guna kehidupan Allah bagi untuk ikut yang saya mahukan. Selama 30 tahun hidup, macam-macam yang saya buat. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui dan saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat hingga Allah bagi jalan.

“Saya yakin semuanya dalam pengetahuan Allah,” katanya menerusi sesi perbincangan langsung menerusi Facebook dan Instagram Live saluran Nurflix, baru-baru ini. Menerusi diskusi bertajuk Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi kendalian Anas Tahir tersebut, Aliff menjadi antara tetamu jemputan yang bersama dua panel lain iaitu Mohd. Gunawan Che Abdul Aziz dan penerbit, Farihin Abdul Fatah.

Terdahulu, pendedahan suami kepada penyanyi, Bella Astillah itu mengundang kejutan apabila menyertai jemaah tabligh selepas melihat hantaran yang dimuat naik Faizal Ismail (FBI). Akui bintang kelahiran Singapura itu lagi, dia berharap terus istiqamah dan bersyukur dipertemukan dengan ramai insan baik yang langsung tidak mengungkit sejarah lampaunya.

“Waktu itu tengok video laporan daripada Faizal Ismail dan saya rasa mahu kenal jemaah tabligh. Ada jemaah hubungi saya dan terangkan mahu bawa saya keluar untuk tiga hari.

“Saya rasai pelbagai perasaan yang tak dapat saya terangkan. Suasana dan orang di sana (ahli jemaah lain) tiada ‘judgement’, semua sama tidak kira keturunan, pangkat dan darjat. Semua hamba Allah belajar untuk dekatkan diri dengan-Nya. Semoga saya terus istiqamah,” tambah pemilik nama penuh Mohamad Aliff Aziz itu.

Mengulas kec@man dalam media sosial, Aliff menyatakan lebih selesa enggan ambil pusing memandangkan lumrah manusia yang tetap dipandang serong walaupun cuba berubah ke arah kebaikan. “Saya fikir walau macam mana pun kita cuba jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong.

“Tiada orang yang sempurna. Kalau kita rasa berada di landasan untuk jadi orang yang sempurna, itu memang mustahil.

“Justeru, saya cari hikmah, saya alih perhatian. Pasti ada orang yang berdoa untuk saya. Selalunya macam mana jahat pun bila kita belajar jadi baik, ada orang yang akan kata (kita). Tapi yang penting biarlah Allah tahu siapa kita,” katanya.

Dia juga mengakui sukar mengawal situasi dalam media sosial atau memuaskan hati semua pihak, sebaliknya lebih selesa mengambil sikap bertenang. “Kenapa nak s3ksa diri saya untuk memuaskan hati semua orang. Paling penting diri kita sendiri, keluarga dan Allah tahu niat kita,” luah penyanyi Sayang Sayang itu.

Menerusi perkahwinan dengan Bella, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun. Sebelum ini nama Aliff memang sinonim terpalit dengan isu panas termasuk kecurangan dan beberapa kes lain yang turut melibatkan pihak berkuasa.

Sumber:kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*